Quantcast
Channel: Nabiha Zaidi
Viewing all 78 articles
Browse latest View live

Freebies : kawaii food doodle

$
0
0
Assalamualaikum, Tak dipaksa untuk credit, tapi kalau credit lagi la sesangat dan terlampau bagus . Korang boleh gune untuk letak kat blog korang, kat header ke, sidebar ke, tapi ingat, jangan sampai mampat pulak blog tu. Aku just buat pink coklat, kalau nak warna lain, sila request kat kotak komen, 2 warna je tau. Kalau ramai yang minat warna yang lain tu, insyaallah aku update lain. Dilarang re-freebies balik kat blog korang, hanya untuk kegunaan sendiri okay. 






p/s: Comel tak? diolah daripada: dafont


Tempahan header free untuk pengomen terpantas (part3)

$
0
0

Harini header je . (Seorang je yg akan dipilih)

Apa yang korang perlu komen .
Saya mahu header dan banner daripada mish apple kerana ____________ . Dan saya mahukan header doodle part ___________ yang berwarna _________. (pilih kat sini doodle). Dan header yang saya inginkan ialah kod berwarna __________. (cari kat sini kod warna), dan font header yang saya inginkan ialah  ___________(pilih font) . Nama yang perlu ada pada header ialah ____________. Tema header yang saya ingin pula ialah____________(flower, fashion,butterfly, spongebob , bla-2) , dan ini ialah link blog saya, _______.

*tak dibenarkan untuk ikut suka/tak kesah, dan untuk information yang salah tak akan dilayan, so sekiranya korang pengomen yang kedua atau ketiga, mungkin korang ade change sebab mungkin pengomen yang pertama beri information yang tak lengkap. *

Header Free untuk JULAYKA JUNAIDI

Freebies : doodle muslimah ala-ala aiskrim

$
0
0
Assalamualaikum, okay, disebabkan aku jarang gila update, and aku pun tak tau nak update ape. Aku pun tinggalkan blog ni dengan freebies doodle, Dilarang buat freebies balik . Ada banyak lagi sebenarnya, tapi kasi la sikit-2 dulu kan. Btw, kalau nak tanye atau nak tau update pasal aku yang hot ni \puihhh/ sila lah follow twitter aku kat sini atau @MishApple97 . 



 
Aku order doodle kat sini, berbayar ye.

Cara betulkan balik gambar yang tak nampak di facebook

$
0
0
Apa kejadah aku letak title macam tu, korang sendiri pun tengak kan kat facebook gambar ntah hape-2 je . Tak boleh bukak kecuali DP, tetiba aku tengak mamat ni komen kat status ayeem . Dia bagitau cara nak betulkan balik.

Pergi ke Account Setting > Security > Disable SECURE BROWSING
Dan dah okay dah pun :)

Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan PMR 2012

$
0
0
Assalamualaikum, kay, lama tak update sebab busy sangat study. Harap jangan percaya. Sekarang tengah trial, 4 dah lepas, tunggu lagi 4 la lepas ni. BM, agama boleh jawab, Science susah, BI susah gila. Kena buat karangan report, tak tau format so hentam je. Start hari first trial demam sampai la semalam, hari ni sihat sebab takde paper, wehee~ Just nak update jawapan untuk peperiksaan percubaan PMR negeri Perak. Semua boleh download kat sini .


selalu update kalau nak tau untuk kertas yang lain .



shidan,addin, fauzan, qimie, haris, imran, oye, abu, iman, syed,nail, hafiz, syamer, qila,lin,dayah,wani,eyka,mia,feto,jlo,biela,wanie,ca,eikin, mamakien . :D
Note : Sorry kalau comment tak dipublish/dibalas.  Tak boleh nak buat tutorial, freebies sekarang ni. Tempahan header/design blog ditutup sementara :D


Cerpen : Sudikah Awak jadi Isteri kedua saya?

$
0
0


“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.


Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan!!” jawab Fikri.

——————————————


Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,

Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…

Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!

Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu…

Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam

Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!

Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…

Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah hakikat…

Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya

Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!

Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,

Kerana suami yang pertama bagi isterimu… 

Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.

Jika dirimu tidak sedemikian,

Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!


Credit to : Nurul Iman (subscibe)

Freebies : Doodle Pegang Al-Quran

$
0
0
Assalamualaikum, Selamat hari raya, dan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 .  :DD . Silah ambek doodle ni buat header, DP ke ape ke ikut kretiviti . 


Tempahan Header Free Untuk pengomen yang pertama

$
0
0
Assalamualaikum, okay, untuk pengomen yang terpantas dan jawab dengan lengkap je aku akan proses dia punya header. Dengan menggunakan doodle ni sahaja. Btw, headernya simple je aku buat.
Bagi :
Tajuk blog :
Link blog :


Header Free Untuk Farah Amiera

$
0
0
Tadi aku ada buat segmen kecil-kecilan,saja isi masa lapang, lagipun lama dah tak buat header free, so yang pengomen yang terpantas ialah Farah Amiera. *tak tau kakak ke adik* lalala . Simple je. Tapi doodle iphone tu bukan aku punya, yg tu freebies daripada nanafidenaz.blogspot.com. Banyak doodle comel kat situ. :D

http://2.bp.blogspot.com/-M5W6Qf92WVc/UEb7qOjmPlI/AAAAAAAACjA/kD46EqrTBYk/s1600/farah+amiera.png

Harap Farah Amiera suka :) Kalau ada masalah header besar ke, kecik ke, bagitau ek.


TV3 tak patut siarkan Drama Ku Petik Dosa

$
0
0

Ramai yang beranggapan Drama Ku Petik Dosa ni banyak nilai negatifnya, dan yang paling nampak tang ubat batuk tu. Ramai juga yang anggap penerbit cuma nak kaut keuntungan. Tapi sedarkah kita? Cerita-cerita macam ni la yang banyak nilai. Ni tak, kita sokong cuma cerita gangster semata-semata. Nilai?  Negatifnya ada. Tak banyak pulak kritikan. Lagi suka ada la. Lagi pecah panggung ada la. Bukan nak kata tolak cerita-cerita macam tu, layan je lah. Tapi kalau direnung-renungkan dalam banyak side, drama Ku Petik Dosa ni memang banyak unsur yang kita boleh ambil sebagai pedoman. Setuju? Semua ada pendapat masing-masing. 

Tempahan Header Free

$
0
0
Apa yang korang perlu bagi ialah :



Nama blog :
Link Blog :
Tajuk di header :
Tagline (kalau ada) :
Warna header :
Tema :

Aku akan pilih seorang blogger bertuah, yg pasti, kalau korang dah ada header comel, aku tak akan pilih. Sebab, aku buat ni, untuk bantu blogger-blogger. Okay. cepat komen, akan ditutup bila dah dapat blogger yg bertuah tu.

Header untuk blogger bertuah

$
0
0

http://1.bp.blogspot.com/-TAbOXHxP3qI/UIZhAvh7exI/AAAAAAAAClo/gPfrCiU0WFc/s640/trouble+maker.png

Okay, semalam aku ada buat mini segmen. Tak ramai pun yg join sebab aku ada bagi syarat, aku tak akan pilih header yg comel. Btw, header simple ni untuk Trouble Maker.  Harap suka. :D


Tempahan Mengedit Blog

$
0
0
Terbuka untuk pengguna blogspot sahaja. (Klik gambar untuk lebih jelas)

Pilihan doodle


Tempahan header (Contoh header disini)
Nama blog :
Link Blog :
Tema :
Pilihan Doodle : Doodle __ , nombor __ .
Gambar : Sendiri (bagi url gambar)
Tagline header :
Tulisan di header : Bagi nama, search di sini .
Aksesori : Ex, Ribbon /  bunga / rama-rama / kasut.
Warna blog : bagi code, search code di sini.
*Digalakkan untuk bagi sketch.

Template (Klik gambar)

 


Tempahan edit blog
Template : 1/2
Nama blog :
Link Blog :
Tema :
Pilihan Doodle : Doodle __ , nombor __ .
Gambar : Sendiri (bagi url gambar) 
Tagline header :
Tulisan di header : Bagi nama, search di sini .
Aksesori : Ex, Ribbon / kereta / bunga / rama-rama / kasut
Warna blog : bagi code, search code di sini.
Blog insprasi : Bagi Link .
Widget yang nak ditambah :
Widget yang tak boleh buang :
Bayaran : Maybank / Code Topup Maxis . (Tidak dibuka untuk share topup)
Emel :
Password :

p/s : Gambar yang bertudung sahaja akan dipasang untuk header atau ditepi sidebar.

Template ni ialah template sendiri dan tak dicuri kat mana-mana blog lain, yang paling penting, template ni ringan dan mesra SEO. Tempahan untuk blogshop juga dibuka. Tempahan akan dicancel jika costomer cerewet. Percuma banner blog untuk costomer yang bayar melalui bank in.

Harga
Header : RM5
Template : RM10 . 

Bayaran 
Nama penuh :
Jumlah bayaran :
Masa pembayaran :
Tarikh pembayaran :
No Telefon :

Tempahan-> Di sini . Tempahan akan dilakukan selepas pembayaran dibuat. Request untuk menu tab bergambar, banner, icon shoutbox, dll akan dicaj. Sebarang perubahan akan dibuat SEKALI sahaja.

Tutorial : Switch Template Designer ke Layout Template

$
0
0
Tutorial ni menggunakan gambar. Tutorial dia simple je. Click gambar supaya gambar membesar. 

1.Pergi ke Dashboard

2.Click Upgrade Template


 

3.Boleh la pilih template apa yang korang nak, tapi kat sini, template denim, minima semua dah tak ada.



Freebies: Google Chrome Theme (One Direction)

$
0
0

Freebies ni untuk pengguna Google Chrome sahaja. Sila pilih yang berkenan. Cuma click je gambar dan nanti dia akan keluar satu box, click je 'add'.


One Direction





Gambar credit to Google, dan background wooden credit to Candy Apple.
p/s: Nak gambar sape pulak?

UPDATE REQUEST 

Bigbang


Cucpake

KAWAII GIVEAWAY by MImie & Isha

$
0
0

Click banner untuk join. :D


Hadiah yang saya nak :  Tupperware bentuk panda . Memang kawaii .

CLOSED : BELUM DITENTUKAN

Year End Giveaway By Cik Bunny

$
0
0
Click banner untuk join :D



Hadiah 

Tarikh tutup: 3 Januari 2013 (11:59pm) (mungkin diubah pada bila bila masa)
Juri: random.org atau cabutan manual, bebas dari rasuah punya XD

Super Duper Giveaway 2012

$
0
0

"Saya akan tersenyum bila Super Duper Giveaway memilih saya sebagai pemenang dan dapat hadiah misteri tersebut".

Amacam? Skema tak? HAHA. Click banner untuk join. Syarat yang sangat mudah. 

Simple Giveaway-Pink Orrange Shop

Viewing all 78 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>