Quantcast
Channel: Nabiha Zaidi
Viewing all 78 articles
Browse latest View live

Contest Header Dan Blog Comel

0
0
Assalamualaikum, *gosok-gosok mata*, macam tak sangka je boleh join contest yang melibatkan 'comel'. Haha, yelah. Blog pun simple-simple je, tapi disebabkan aku baru tukar template, nak juga test, mana tau ada rezeki. Hadiah pun comel-comel je.

Click banner untuk menjoinkan diri.

Syarat penyertaan
♥ Warganegara Malaysia
♥ Buat Satu post tentang contest ni dan letak banner berserta link blog Creamlovebunny.
♥ Follow blog Creamlovebunny.
♥ Follow blog Creamlovebunny dan blog Nabihah.
♥ Like fanpage Nabihah.
♥ Beri sebab suka blog Creamlovebunny.
♥ Tag 3 orang dan pastikan mereka tau.
♥ Letak link post di ruangan komen.

Hadiah

Sebab suka blog Creamlovebunny.
Saya suka blog Creamlovebunny kerana blog Creamlovebunny simple, comel dan kemas. Paling penting, Creamlovebunny tak kedekut ilmu, boleh belajar sekali cara-cara buat blog. Boleh ikut tutorial beliau kat sini. Nak cantikkan blog pun boleh, sebab ada freebies sekali.
38words.

Agak-agak ikhlas ke tak? Haha, comfirm la, ikhlas dari hati. :D  Cepat-cepat, sebelum contest ditutup.
Tag: Awak, awak, dan awak

SPECIAL GIVEAWAY ! BY SAADAH AND NABILAH

0
0

Click banner untuk join. Pemenang akan dipilih melalui random.org, entri kretif, top refferal, entri tag paling banyak.

Hadiah
>felt craft 3
> gelang 2
> header transparent 3
> tudung bawal tone 1 & topup 5 , 1
>cursor 2 , bloglist 4
>  review blog & bloglist 5 bln
>topup RM5 maxis 1
>5 header special
> 5 doodle
> menu tab 2 , header animated 2
>Semua peserta dpt discount pembelian lens sebanyak 10%
*Bloglist 3 org
*review blog 3 org
*Discount pembelian novel preloved 20% untuk semua pserta
> tudung chiffon 3 tone
>bloglist kekal untuk 5 pmnang
> review blog 4
> 3 dress
> 2 jam
> letak banner blog selama sebulan
> shawl
> topup RM 5 ( maxis / celcom )
> selendang
> 2 doodle
> topup maxis RM 5
> review 2 blog
> banner dan header
> 2 keychain kristal
> 3 review blog

p/s: done follow semua sponsor, *tak boleh add sorangs ponsor.

Segmen Blog Chomel

0
0
Click banner di atas untuk join.

Assalamualaikum, okay. Hari ni join segmen pulak, segmen blog chomel. Heheh. Disebabkan 'ada' yang kata blog ni comel, aku pun dengan senang hatinya mengejoinkan diri. Layak? Hmm, layak la kot.

Dalam syarat ada cakap kena puji blog sendiri, ni yang susah ni, biasa la. Aku ni rendah diri orangnya. *uhukuhuk*

Sebab apa Mrs Wanida kena suka, jatuh hati, sayang kat blog ni
♥ Blog ni comel *eheemm.
♥ Blog ni tidak memerlukan 100% warna pink untuk mencomelkan blog.
♥ Blog ini mempunyai tutorial dan tips yang berguna untuk para blogger.
♥ Blog ini mempunyai freebies dan juga doodle atau mencomelkan juga blog orang lain.
♥ Sesiapa yang nak mengfamouskan blog pun diberi kemudahan. Caranya disini.

Hadiah (Gambar Hiasan)

Ada handbag, purse dan belt. So, jom la ramai-ramai join segmen ni :D Eh, psss. Nak tau cerita Mrs Wanida , click sini.

Pengalaman Aku Dengan Jin

0
0
Aku tertarik dengan satu entri Pen Patah, Nama-nama yang Sering Diganggu Jin, tapi bagi aku, mungkin lebih sesuai, tajuknya ditaip sebagai nama-nama yang sering digunakan oleh jin. Selalunya, aku kurang percaya dengan maklumat yang ada kat alam maya ni. Tapi, aku sendiri ada pengalaman.

Nama-nama yang biasa digunakan oleh jin.
1.Balqis
2.Qistina
3.Najwa
4.Zakuan
5.Batrisha
6.Erisha
7.Mazda

Kat situ ada nama Qistina dan Batrisha, memang dulu aku sendiri pernah bercakap dengan jin yang bernama Qistina,tapi Batrisha tidak. Masa tu, di asrama,Qistina, jin Kristian yang baik, dan nak masuk agama Islam, siap pernah berjemaah sekali. Mesti pelikkan? Tapi bukan la nampak muka jin tu, tapi jin yang masuk dalam badan kawan aku. Masa solat tu, kawan-kawan yang uzur semua duduk belakang, tapi yang peliknya kenapa diorang gelak. Rupa-rupanya masa roko', Qistina ni tengok belakang. Qistina ni lembut, lain pula dengan Batrisha, Jin Kristian yang sememangnya jahat. Kalau tak salah dia ni kakak kepada Qistina. Lepas dah berubat, semua jin ni dah tak ada.

Peristiwa 1
Waktu di asrama, semua duduk dalam surau, tinggal aku dengan kawan aku sorang ni duduk dalam dorm sebab kena jauhkan dia daripada kawan aku yang lagi sorang ni sebab takut histeria ni berjangkit. Tiba--tiba kawan aku ni terbangun dan berjalan sendiri ke arah surau, dia pulak suruh aku tarik. Memang kuat, aku sendiri yang rasa meremang. Yelah, lawan tarik-tarik dengan jin. Terus aku jerit minta tolong. Masa dalam surau pulak, suara dia dah berubah, kami pegang dia kuat-kuat sampaikan aku naik atas badan dia. Tapi tetap sama. Dia meracau lagi kuat.

Peristiwa 2
Masa tu aku masuk dalam bilik locker untuk simpan barang, masa tu ramai yang ada dekat dalam dewan makan, tiba-tiba kawan aku dah mendiamkan diri, cara dia pandang, jangan cakap lah, menakutkan. Aku siap panggil nama dia, mana tau kot-kot dia main-main. Tapi bila dah lama, aku sendiri yang rasa tak sedap hati, terus aku jerit panggil ketua asrama. Kawan aku tadi terus meracau, marah-marah, sepak habus kerusi meja, suara dia. Hmm, korang pernah tengok cerita hantu kan? Macam tu lah.

Sebenarnya banyak lagi peristiwa lain, tapi banyak yang dah aku lupa. Ini komen Ustaz Azhar Idrus tentang nama-nama yang digunakan oleh jin.

Top 10 Game Android Terbaik

0
0
Assalamualaikum, okay. Top10 game paling best ni bukanlah yang sudah tersenarai di Andoid atau pun di google atau di mana-mana. Ni pendapat personal punya. Mungkin game ni bukan ada kat Android je, Apple Store pun mungkin ada.

Agent Dash

Subway Surfers

TNT

Nogra Nut

Molekart

FruitNinja

Unicorn Dash

Sushichop

Pimple Popper

Game lari-lari ada, game macam betul-betul bawa kereta pun ada, dan paling dasyat, game picit jerawat. Apa lagi? Jom download. Eh, belum ada lagi? Tengah fikir nak beli Samsung Galaxy Tab atau ipad, meh click sini.

Review : Pontianak vs Orang Minyak

0
0

Assalamualaikum, hari ni aku nak review filem terbaru, yang baru keluar 22 November 2012, kira tak sampai sebulan la. Peneraju utama filem ni ialah Johan sebagai Ketiak (Orang Minyak) dan Nabil sebagai Sirun (Pontianak). Filem ini diarah oleh Afdlin Shauki yang juga berlakon sebagai ketua Kampung Puaka.

Nabil sebagai Pontianak Lelaki Pertama

Ketiak (Johan) melakonkan watak lelaki lembut yang sering tewas dalam dunia percintaan dan ditawar untuk menjadi orang minyak oleh Lembaga Hitam (Harun Salim Bachik), manakala Sirun (Nabil) seorang lelaki yang ingin mengejar cita-citanya dalam dunia muzik, tapi akhirnya dia tertikam diri sendiri dan menjadi pontianak lelaki pertama, namun dia tidak disukai oleh Ratu Pontianak (Syarifah Syahira).

Pontianak dan Orang Minyak

Filem ini juga turun dibintangi oleh Adibah Nor, Syarifah Amani, Khir Rahman, Lana Nordin, Fizz Fairuz, Tepet Raja Lawak dan pelakon baru, Isma Hanum dan Nur Atirah Rahani. Dan juga penampilan khas oleh Fara Fauzana, Noh Hujan dan Vanidah Imran.

Bacaan pendiding daripada bomoh

Komen
Bagi aku, filem Pontianak vs Orang Minyak ni, antara filem yang terbaik 2012. Lakonan yang bersahaja, dan memang lawak. Sesuai dengan genre filem ini, iaitu komedi seram. Aku rasa Nabil lebih menyerlah daripada Johan dalam filem ni, rasa nak tengok part Nabil je. Aku siap nyanyi-nyanyi lagi ayat 'pendiding' Kampung Puaka. Paling tak tahan masa Nabil cakap 'Astaghfiruhalazim, semua pontianak terbakar. Dan paling tak sangka bila ada Noh Hujan dalam filem ni.Vanidah Imran pun baca pendiding dengan muka serius.

penampilan khas daripada Noh Hujan

Siapa yang tak tengok lagi, sila la tengok, filem ni memang best.

Freebies : Facebook Cover Doodle

0
0
Assalamualaikum, meh ambek, freebies baru :)

Korang boleh la edit , letak nama atau apa-2 je kat bahagian kosong tu. Dan upload kat facebook sebagai timeline cover. Nak? Komen la dulu. ^^

Tak adil : TV3 Lebihkan Bibik Indon

0
0
Inspirasi hidup bibik indon sebenarnya.

Assalamualaikum. Eh, mesti pelikkan dengan tajuk post ni, siapa yang tak ada astro, asyik dok terperap je duduk rumah tengok tv, faham la apa yang aku maksudkan. Ingatkan waktu cuti sekolah, banyak la cerita best-best yang tv3 akan siarkan. Rupanya, memang best la untuk bibik Indon. Yang cuti sekolahnya budak-budak Malaysia, tapi yang seronok, bibik indon, dapat tengok cerita dari negara asal.

Gambar ihsan Google

Slot Jom Relaks, Dongeng Indon, tiap hari Isnin hingga Khamis kalau tak silap, start pukul 4. Cerita langsung tak seronok. Kalau tak logik ala-ala dongeng tu tak apa. Ini, orang duduk dekat luar rumah, pegang anak yang tengah menangis, dah kena cop penculik. Patut ka tak patut? Kalau bab edit jangan cakaplah, langsung.. Hancur.

p/s: Lepas ramai yang meluahkan rasa tak puas hati, adakah tv3 akan mengambil tindakan?

Tips : Kemaskan Barang Menggunakan Kotak

0
0
Assalamualaikum, nampak perubahan tak? Heheh. Blog bertukar wajah lagi sempena 2013. *Act memang selalu tukar template pun sampai ada orang tanya, setahun berapa kali tukar template. Okay, dah stop melalut. Berkenaan dengan tips. selalu korang punya bilik mesti bersepah kan? Ke aku sorang je?

Kadang-kadang tak ada masa nak kemas, sampai meja bersepah macam ni:

Well. kat situ ada jalan penyelesaian. Caranya dengan menggunkan DIY Box in Box Organizer, kotak dalam kotak. Macam ni:
Boleh simpan barang makeup yang tak teratur tu. Nak letak note-note penting, pensil, semua boleh, ikut kehendak masing-masing. Menarik tak? Perempuan suka la kan barang kemas-kemas macam ni? Benda ni lagi sesuai dengan orang yang pemalas macam aku, main campak je barang sana sini, lepas tu, nak cari. Haa, punggah semua. So, benda ni dapat mengemas dan menjimatkan masa juga sebenarnya. Lagipun kotak dia comel.

Mesti ada yang berkenan kan? Tapi tak tau nak dapat kat mana. Haa, kalau nak beli, baik cepat, sekarang tengah ada offer, RM10 je. Diulangi, RM10. Berbaloi la kan kalau nak dibandingkan dengan buang masa,sakit hati mencari barang yang hilang entah kemana. Korang boleh order kat Double You Smile. Banyak lagi barang lain yang dia jual.

Antaranya:

So. jom singgah Double You Smile Store . Sementara Promotion masing berlangsung. Eh, cantik tak blogshop beliau? Haha, aku lah yang edit mengedit. Nak jugak tempah design blog? Boleh tengok kat sini.

Tutorial : Multitab Menu Di Sidebar

0
0
Fungsi : Benda ni akan menjimatkan sidebar dan mencepatkan loading blog.

1.Layout-Add A gadget- HTML/JavaScript
2.Tambah code dibawah.

MENU 1
MENU 2
MENU 3

CODE MENU 1

CODE MENU 1 LAGI SEKALI

CODE MENU 2

CODE MENU 3

Code yang di bold tu ialah background, code berwarna merah tu pula wajib diganti.
Tutorial ni bukan aku buat, credit to Fatin Hazwani. Kalau tak faham, boleh tengok dia punya.

Sistem pembelajaran Kolej Vokasional

0
0
Assalamualaikum w.b.t.

Perasan tak, sekarang ni aku dah jarang sangat update blog ni. Yelah, sekarang ni mana ada masa dah, sebab sekarang dah dok kat asrama. Untuk pengetahuan korang, tahun lepas, aku telah mengambil result PMR dan telah mendapat keputusan 4A 4B. Tak update apa-apa pun masa tu. *Kemalasan malanda.

Sekarang ni, aku dah masuk Kolej Vokasional Sungai Petani2, ambil course Kesetiausahaan Pentadbiran. Sekarang still lagi tahun 1, semester1. Ramai yang berpendapat, kalau nama 'vokasional', mesti sekolah untuk budak-budak bodoh, budak-budak yang malas belajar, yang dah tak ada harapan untuk belajar. Anggapan tu, sangat-sangat lah salah. Vokasional sekarang, bukan macam vokasional dulu-dulu tau. Bukan senang-senang je nak masuk. Macam KV aku sendiri, yang memohon 5000 orang, tapi yang diterima, 200 lebih je, itupun ramai yang kena buat rayuan dan di interview. So, kalau nak selamat masuk KV ni pun, mesti ada 2A dalam tangan, baru ada harapan. *Tu KV aku lah. KV lain ada yang lagi susah, ada jugak yang senang.

Senior dan Junior dorm C2

Kolej Vokasional Sungai Petani2 telah menawarkan :
• Kesetiusahaan Pentadbiran (Dilatih untuk jadi setiausaha syarikat)
• Perakaunan (Dilatih untuk jadi akauntan)
• Bisnes (Belajar bisnes. (Cara belajar macam Setiausaha Pentadbiran+Akaun)
• Bakeri (Dilatih menjadi chef bakery. Buat kek)
• Kosmetologi (Dilatih untuk jadi taukeh spa. Belajar pasal kecantikan)
• Fesyen (Dilatih untuk menjadi pereka fesyen, rasa ala-ala Hatta Holmat pulak)
• Asuhan Kanak-kanak (Dilatih untuk buka tadika sendiri)

Untuk course Kesetiausahaan Pentadbiran, Perakaunan dan Bisnes belajar memang akan guna komputer.

KV aku cuma menawarkan course yang lebih kepada perempuan, tapi lelaki pun ada. (budak bakeri ramai lelaki), kalau nak yang ala-ala course lelaki, boleh la pilih Kolej Vokasional Sungai Petani1.

Untuk pelajar tahun 1,2. (Ting.4, 5) itu dipanggil pra diploma. Sebab pelajar-pelajar KV ni akan mengambil diploma pada tahun ke-4. Satu tahun ada 2 semester. Jadi untuk 4 tahun, kita ada 8 semester.
Pada tingkatan 5, pelajar KV hanya akan dapat meneruskan pengajian untuk lagi 2 tahun, kalau dapat pointer 2.0. Dan, sijil Vokasional bersama pointer 2.0, adalah setaraf dengan sijil SPM. Dari apa yang aku dapat, sijil diploma vokasional sertaraf dengan sijil politeknik.
Dhia buat amali untuk mesin ricih

Belajar kat kolej ni, takda pun masa untuk honeymoon. Setiap masa kena study. Setiap assignment akan diambil markah. Dan assignment ni kita kena hantar kat cikgu waktu luar kelas. Tapi yang untungnya, kalau kita belajar 2 bab untuk satu subjek selama 1 sem, sem yang seterusnya dia tak akan tanya lagi bab sem yang lepas. Berbanding dengan SPM, belajar berbelas-belas tajuk, lepas 2  tahun baru keluarkan semua yang dah dipelajari.

Masa di Kolej dan Asrama
7 a.m  : Keluar blok untuk makan dan pergi surau
8 a.m  : Mula kelas.
10a.m : Rehat selama 1 jam (waktu tutorial)
11a.m : Kelas
1 pm.  : Rehat untuk lunch dan menunaikan solat Zohor
2 p.m  : Pergi sekolah (ada kelas)
5 p.m  : Balik, kalau rajin boleh la pergi minum petang
MASA FREE
7:15 p.m  : Pergi surau blok untuk solat Maghrib. (selang seli : solat kat dorm, surau)
8:30   : Prep (belajar) Untuk yang nak guna laptop untuk assignment duduk kat surau.
10.30 : Free .
*Masa untuk satu subjek ialah 1 jam. Selalunya subjek course kita akan ada 4 jam dari 7 jam masa belajar.

Pakaian pula, dah tak pakai dah baju sekolah, tapi pakai baju koperat warna owengg. Baju ni dipakai sampai form5 je. Lagi tahun, baju bebas rasanya.

Asrama KVSP2 (Blok C)-blok aku la tu.
• Kemudahan: toilet, shower, dobi, bilik iron, bilik prep, dan bilik tv,water cooler,cerek disediakan.
• Handphone/tablet boleh dibawa, dengan syarat bagi warden. Hujung minggu warden bagi pegang.
• Mp3, walkman, radio, laptop, camera boleh dibawa dan disimpan sendiri.
• Broadband diharamkan.
• Pada hari persekolahan, TV boleh buka setiap hari kecuali waktu malam.
• Hujung minggu boleh buka TV.

*Setiap blok ada peraturan sendiri.

Bilik mesyuarat
Untuk yang berminat nak ambil course Kesetiausahaan Pentadbiran :
Untuk sem1 ni, memang best. Course ni, nak latih kita jadi setiausaha sesebuah syarikat,  kira setiausaha ni orang kedua terpenting la  dalam sesebuah syarikat selain bos. Untuk sem1 ni, Bahagian 1, aku belajar bab mesin. Belajar guna mesin fotostat, printer, mesin faks, mesin ricih. Bahagian 2, penyuntingan. Kita kena edit banyak file. Bahagian 3 pulak, kita kena belajar taip dengan betul, buat memo perniagaan, surat dan banyak lagi. Kalau korang jenis ketagih kat komputer, boleh la pilih course ni. Tempat belajar ada 3 tempat, kelas, makmal dan bilik mesyuarat.

p/s : Agak-agak ramai lagi tak yang tak boleh nak ubah pandangan buruk kat vokasional ni ?

Ustaz Kazim Elias di Kuala Kangsar

0
0
Assalamualaikum . Hui-hui. /trademark baru/.
Sebenarnya penat tak habis lagi ni, baru balik dari dengar ceramah Ustaz Kazim Elias. Kenal tak? Pendakwah yang femes tu, takkan tak kenal kot. Kalau selalu bukak Astro Oasis, kenal lah beliau. (dalam rancangan Kalau Dah Jodoh). Tadi baru je dengar ceramah pasal tajuk Ganti Jangan Tak Ganti. Kalau yang dah biasa dengar ceramah dia, tahu lah macam mana. Ucapan bersahaja. *cewah*. Lawak dan banyak isi yang aku baru dapat. Btw, hujung tahun ni, UKE dah nak berhenti berceramah, tapi rancangan-rancangan kat TV dan radio masih lagi berjalan.

Bagi yang tak kenal, ni lah UKE.

Bersemut orang.

Bertempat di Arena Square (Khamis, 6 Jun 2013, 9 malam) ni pulak, Juara Imam Muda musim ke-3, Ustaz Jaabar pulak yang akan memberikan ceramah dengan tajuk 11 Tips Kasih Sayang. Jadi jom la datang ke Arena Square, Kuala Kangsar Khamis ni.

Review - Laptop Lenovo 2400 Touch (Window 8)

0
0
Assalamualaikum. Baru-baru ni aku beli laptop baru, sebab nak kena guna. Memandangkan laptop lama (Dell) aku memang berat gila, tak mampu aku nak bawak ke hulu hilir. Lagi-lagi lepas ni nak kena bawak pula pergi bengkel. Kira ni hadiah birthday aku lah jugak sebab birthday aku 5 hari lagi. *hikhokk.

Perasaan pakai laptop baru?
Best woo, agak jakun la sebab sebelum ni pakai window 7, lepastu sekarang pakai window 8 pulak. Siap ada touchscreen lagi.

Apa beza window 7 dengan window 8?
Memang berbeza, tapi takde lah susah mana pun seperti yang diuar-uarkan. Sama je, ada je desktop macam biasa, cuma button start dia bertukar ke window8. Tapi best sebab ada store. Ajet-ajet macam install app kat android. Haa, macam tu lah rasa, tapi app tak banyak la macam android punya.

Korang boleh ubah warna, design dan adjustkan apps hanya menggunakan jari korang, touch sahaja si screen. Acececeh.

Perbezaan Lenovo dengan laptop lain.
Kalau nak kata beza-beza dengan laptop ni aku agak fail lah, sebab aku mana ada banyak laptop, tapi yang biasa aku guna Dell dengan Acer. Beza Lenovo dengan Acer, Acer serius cantik lagi. Tapi kalau selesa, aku pilih Lenovo la. Perbezaan ketara Lenovo dengan Acer yang memang super ohsem lainnya, aku perasan kat keyboard dia. Keyboard Acer memang tak feel aku nak taip. Lenguh tangan, getah punya. Tapi kalau Lenovo dengan Dell macam ni haa. 'thumbs up'.

Bila aku sembang dengan cina tu, dia paling banyak suggest Asus. Tapi duit aku tak cukup cekang nak beli. Rabun terus aku tengok harga semua RM3000 ++ . Tapi body laptop dia memang cun habis. Tak tipu. Tapi bila aku kata bajet aku kalau boleh nak yang paling murah, dia suggest Lenovo. Muka dia memang serius gila ah kata Lenovo ni bagus, tapi dia kata takde warna pink, so aku pun buat muka frust depan dia. Muahaha.

Habis tu, Lenovo ni berapa pulak harga?
RM 1,480. Wohoo, berbaloi kan. Cina tu kata, "you guna ni, sekarang you belajar kan? nanti sampai kerja pun you boleh guna lagi" Aku tak tau cina tu gebang ke apa, tapi aku mamang suka style dia kerja. Rajin orangnya. Cina botak, handsome. macam cerita cina lama-lama tu.Wehehehe.

Memory : 4 GB
Hard Disk driver : (500G)
Display : (14"HD LED)

p/s : Sorry kalau ada silap. ^^ Ni pendapat aku je. So, korang guna laptop apa?

Tips : Cara Meringankan Blog

0
0
Assalamualaikum. Haa, bila tengok tajuk tu, ada tak rasa blog aku ni ringan je loading. Act, aku sendiri pun tak tau yang blog aku ni ringan ke berat sebab aku guna wireless 90 hengget sebulan, jadi tersangat lah tak wajar kalau nak kata lambat. Benda ni aku bukan perasan sendiri ke apa. Tapi, ramai yang tegur dan mintak tips.
Trollfacedancing_large

1.Widget
Benda ni paling basi la kan, tapi tetap juga ada yang letak widget tak berguna seperti jam dan kalendar. Aku mengaku masa firstime aku berblogging dulu, memang aku anggap benda ni comel. Tapi bila ingat balik, rasa nak pecahkan muka terus kat dinding. *Hiperbola sungguh.

2.Background
Jangan gunakan background yang bersaiz besar, seelok-eloknya, guna yang lebih kecil. Contoh background polkadot, guna kan dua dot je. Macam ni :

http://goo.gl/Ok42PM

3.Gambar
Ada blogger yang suka letak gambar berlambak-lambak kat sidebar, itu sangatlah tidak bagus, letak je satu gambar untuk menunjukkan owner tersebut.

4.Format Gambar
Benda ni memang ramai tak ambil kisah, faham tak maksud format gambar? Format gif memberatkan blog, seelok-eloknya guna format png. Okay, korang tengok gambar kat bawah.

http://3.bp.blogspot.com/-vHecj-zxbwI/UOkZNNWq0WI/AAAAAAAAF0E/uowdEGVnG6w/s1600/mish+apple.gif

http://3.bp.blogspot.com/-Q7Hkr3PaCT0/UOkZJXft5yI/AAAAAAAAFz8/vJ5LyJhw8uI/s1600/mish+apple.png

5.URL gambar
Jangan biasakan upload dan ambil daripada imageshake dan photobucket atau mana-mana website yang membolehkan kita dapat URL gambar. Seeloknya upload di kotak entri. Nak tau macam mana? Tengok sini.

6.Simpan Gadget
Semakin banyak code dalam blog, semakin berat lah blog tersebut. So, cara nak jimatkan code dalam template, korang simpan la code yang tesembunyi. Contohnya, code cursor, code yang floating di tepi sidebar. Dan diletakkan dibawah sekali supaya gadget yang penting boleh loading dulu.

Click untuk tumbesaran

7.Susunan Gadget
Gadget yang berat seperti cbox, patut diletakkan bawah sikit. Untuk bagi dia masa loading. Dan widget follower jangan letak bawah header, sebab gambar follower anda yang ramai akan memberatkan blog.

8.Kolom
Ada blog yang letak 3 kolom, macam aku ni 2 kolom je lah. Kiri entri, kanan sidebar, Manakala 3 kolom, kanan dan kirinya ialah sidebar, dan ditengah-tengahnya bahagian entri.Jadi, blog terpaksa loadingkan widget di sidebar dulu, baru bahagian entri. Orang nak baca entri, bukannya sidebar. Kesimpulannya, 2 kolom terbaik.

9.Mampatkan coding.
Benda ni penting, macam yang aku cakap tadi, makin banyak code, makin berat blog. So, benda ni akan memampatkan coding blog korang yang panjang berjela. Caranya :

1.Pergi ke CSS Drive Gallery.
2.Tick macam yang aku tick, untuk yang pandai edit mengedit blog, boleh pilih normal.

3.Copy code <b:skin><![CDATA[/* sampai code ]]></b:skin> dan paste dalam kotak kosong tersebut.
4.Click compress-it.
5.Copy dan pastekan balik code yang baru di template.
*digalakkan backup template.
*Kalau nak pilih 'normal' pun boleh.

Mana aku tau semua ni? Aku banyak membaca, dari blog biasa, sampailah blog profesional. Lepastu, aku pun amalkan. Haa, anda? Bila nak amalkan?

Program Outreach di Kolej Vokasional Sungai Petani 2

0
0
Assalamualaikum ^^
Baru-baru ni, bertempat di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah diadakan program outreach bagi zon Kedah/Perlis. Lebih kurang 20 buah sekolah telah hadir. Pelajar lepasan PMR telah datang untuk melawat bengkel-bengkel bagi kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 ni.

Antara kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 ialah :

Kluster Perniagaan :
• Pengurusan Perniagaan
• Kesetiausahaan Pentadbiran
• Perakaunan
Kluster Hospitaliti :
• Seni Kulinari
• Baking & Pastry
• Fesyen
• Kosmetologi
• Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran
Aku sendiri pun melibatkan diri dalam program ni. Tapi aku duduk kat bengkel je la. Tapi perghh penat gila. Bayangkan nak melayan student-student yang datang kat bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran. Memang banyak karenah. Ada yang malu-malu nak cuba mesin-mesin yang ada kat situ (perempuan), ada jugak yang hyper active, tanya banyak soalan (lelaki). Tapi kami layan jugak dengan elok. Eh, elok ke? Hahahha.

Kat bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran, kami ada buat slide show dalam Bilik Mesyuarat. Dan kat bengkel, kami ada buat penerangan perkara yang kami belajar, dan student-student boleh menggunakan mesin-mesin yang disediakan. Yang paling menarik perhatian is, mesin ricih. Sampaikan ada satu student ni seronok sangat mericih sampai tinggal sikit je kertas-kertas tu.
Mama (Aisya) sedang memberikan penerangan

Mesyuarat tergempar di bilik meeting
Pameran dari kolej-kolej lain
Kolej lain juga turut hadir untuk membuat pameran. Antaranya, Kolej Vokasional Arau, Kolej Vokasional Langkawi , Kolej Vokasional Kulim dan SMT Alor Star . Depa kata makanan kat Dewan Makan kami sedap ohh.  Apa-apa pun thankyou pada Mama, Wardah, Dhia, Aida, Teah, Ayu and Najwa sebab depa la dok tolong melayan.

Asrama Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah mendapat naib johan Asrama Gemilang 2013 daripada 88buah kolej vokasional / Teknik dalam Karnival Vokasional / Teknik.

p/s : Masih ramai yang pandang sebelah mata Kolej Vokasional. Anda macam mana? Masih dengan pandangan kolot atau sudah memohon? *aceceh, macam iklan la pulak*

Tempahan Edit Blog RM10

0
0
Assalamualaikum.
Memandangkan cuti sekolah ni agak lama, jadi tempahan edit blog dibuka semula dan akan ditutup pada bila-bila masa. Mungkin time nak dekat-dekat bukak sekolah nanti, tu pun kalau rajin la. Kalau malas, esok lusa tutup balik.

Macam biasa, harga untuk tempahan ni RM10 je. Cara bayaran, hantar je kod topup Maxis RM10. Mudahkan? Cuma jangan la demand nak mintak lebih-lebih ye. ^^ Saya buat mana yang mampu.

NAK TEMPAH ? KLIK LINK DI BAWAH.

Nak tanya apa-apa, boleh tanya kat :

Review Charcoal Mask

0
0
Assalamualaikum
Rasanya ramai dah kot yang tau pasal Charcoal Mask ni. Masker ni, kalau korang nak tau harga dia sangat lah murah iaitu hanya RM5. Tapi terhad, dia cuma dijual di Daiso. Daiso pula, bukan semua tempat ada. Jadi ramai lah yang mengambil kesempatan dengan menjual dengan harga yang berlipat kali ganda. Yang ruginya kita lah kan, sebagai pembeli. So, so, so dan so belilah di Daiso sendiri.

Apa fungsi charcoal mask?
Fungsi dia ialah untuk menghapuskan black head/white head yang ada banyak kat muka terutamanya bahagian hidung.

Jijik kan? Heh, ni la black head/white head.

Boleh bagi putih tak?
Maaf ye, produk ni bukan untuk bagi kulit putih gebu,  hilangkan jerawat ke parut ke memang tak okeh. Produk ni just perlu digunakan seminggu dalam 2 kali sebab black/white head ni akan keluar selalu. Dan tidak boleh dihapuskan dengan serta merta. Kiranya, treatment ni perlu dilakukan selalu.

CHARCOAL MASK (DAISO)

Pengenalan : Charcoal Mask (Daiso)
Charcoal mask dari Cosway ni kalau korang nak tahu, dia berasal dari Korea. Kalau tengok pack dia sendiri pun, korang takkan faham satu apa pun, sebab dia tulis dalam bahasa korea. Dan, bila dah nama pun produk dari Korea, melonjak-lonjak lah perasaan ingin membeli tu. Yelaa, kulit orang korea ni kulit orang Asia. Kalau beli produk omputeh tu, kira macam tak sesuai la dengan kita. Jepun sebenarnya. Hihi.

Review Charcoal Mask from Daiso.
Pertama kali pakai. Hmm, okay la. So-so je sebenarnya. Tak ada lah keluar banyak mana pun. Nak kata tak ada tu, tipu lah. Ada, tapi tak banyak mana pun keluar black head/white head. Sesuai la dengan harga dia. Teksture dia pula, tak terlampau pekat, tak juga cair. Okay la, mudah nak apply kat muka. Masa nak tarik pun, tak ada la sakit mana. Cuma tang area nak dekat-dekat telinga tu memang nauzubillah, rasa macam tarik kulit.

BIOGLO CLEAR PORE DEEP CLEANSING MASK

Pengenalan : Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask
Ni lagi satu masker, sama je, charcoal mask jugak. Tapi kalau nak dibandingkan harga dengan Charcoal Mask (Cosway), mask Bioglo ni memang jauh lagi mahal, kalau tak silap aku beli around RM20 sebab aku tak ada member card kat Cosway. Tapi yang bestnya, semua orang pun dah tau kan Bioglo ni memang elok, dan ia pun telah terbukti.

Review Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask
Produk mahal, kalau tak mampu nak keluar black head/white head memang nak kena la kan. Yang ni memang aku puas hati sangat-sangat. Sekali cabut, memang nampak lah sebijik-sebijik black head/white head. Bila dah tengok keluar tu, memang rasa puas sangat. Hidung pun rasa licin je. Tapi kelemahan dia, aku tak suka taruk kat muka, sebab time nak cabut, memang sakit. Berani letak kat hidung je la. Teksture dia pulak, memang pekat sangat-sangat. Nak tonyoh tu memang lenguh tangan la.

Kesimpulannya, masing-masing ada kelebihan dan kelebihan tersendiri.

CARA GUNA
1. Wapkan muka dengan air panas (untuk membuka pori) -terpulang
2. Tonyohkan masker di muka (elakkan terkena kening, mata dan mulut)
3. Tunggu sehingga kering (around 15 minit)
4. Tarik masker tu.

p/s : kalau korang, korang pilih yang mana? Murah tapi kurang berkesan atau mahal tapi berkesan?

List Barang Keperluan Asrama

0
0
Assalamualaikum, memandangkan tak lama lagi sekolah dah nak buka, dan ramai yang baru nak masuk asrama, aku pun bagi la list barang ni. Tapi list barang ni more kepada student perempuan. So, klik check untuk barang yang korang perlukan, dan tinggalkan bagi barang yang korang tak perlu. So, nanti mudah la, just salin atas kertas then shopping.

Loker asrama yang telah dikosongkan.
Toiletries
Sabun
Syampu
Berus gigi
Ubat gigi
Body scrub
Span mandi
Conditioner
Shaver
Baldi
Raga mandi
Downy/Softlan
Sabun cuci baju
Facial Wash
Span Mandi
Hanger / Sepit
Cebok mandi
Pakaian
T-shirt biasa
T-shirt lengan panjang
Seluar
track bottom
Baju kurung
Kain batik
Underwear
Tuala
Tuala muka
Tudung syria
Sweater / cardigen
Kasut sekolah
Kasut sport
Sliper
Cekak rambut
Getah/sepit/rambut
Pad

Storage box yang sangat berguna bagi manusia yang malas nak mengemas.

Segala ubat-ubatan aku diletakkan di dalam satu bekas

Stuff
Bedak
bb cream
Minyak / perapi rambut
Lotion
Deadorent
Masker
Perfume
Body mist
Tonner
Hand sanitizer
Kapas
Span Mandi
Sikat
Kepit kuku

First-Aid
Panadol
Ubat
Strepsils
Plaster
Balm
Minyak panas
Minyak cap kapak
Pil chi kit teck aun
Bandage
Mopiko
Span Mandi

Pen holder (pink zone)

Persiapan sebelum seluar terkoyak.
Others
Alarm clock
Wallet
IC
Jam tangan
Jarum/benang
MP3
Mangga / kunci
Torchlight
Sejadah
Telekung
Yassin
Torchlight
Mangkuk / Cawan
Sudu / Garfu
Sabun basuh pinggan
Botol air
Bandage
Kapas
Span Mandi
Ambi pur
Book stand
Kiwi Kasut
Makanan
Meggi
Nestum
Biskut
Milo 3 in 1.
Air kotak
Gula-gula
Bubur segera
Roti
Chocolate *lalala

Nasihat : Kalau baru nak masuk asrama, better beli benda yang perlu  je, sebab kita tak tau macam mana rupa suasana asrama. Nanti kalau dapat loker kecik, korang nak sambut mana kan barang yang bebanyak ni. Apa-apa pun Good Luck.
p/s : semua barang keperluan asrama kat atas ni bukannya semua penting. Pandai-pandai la pilih untuk keperluan. kalau ada yag tertinggal, tolong bagitau ye.

Adakah Widget Follower Akan Terus Hilang?

0
0

Assalamualaikum.
Rasanya ramaikan yang perasan widget follower hilang? Sebenarnya benda ni dah pernah jadi dalam tahun 2011 kalau tak silap. 2-3 hari juga la follower widget tu hilang. Lepas tu, 2012 pula, ada ura-ura mengatakan *skema* follower widget akan digantikan dengan Google +. Jawapannya memang 'ya'. Kalau tengok blog-blog baru, dekat 'add a gadget' memang tak ada button untuk widget follower. Yang ada cuma Google +. Tadi bila aku tengok balik Tutorial Adakan Widget Follower yang Hilang, aku terkejut. Sebab bila aku klik link untuk Google Friend Connect. Terus dia jadi macam ni.

Persoalannya sekarang, adakah Google akan bertindak kejam dengan membiarkan blog yang sudah beribu raban rabun ribin follower terus kehilangan followernya dan akan bermula kembali dari bawah seperti blog-blog baru yang tak mempunyai readers? Terima kasih Google kalau anda bertindak begitu. Memang nak kena saman dengan aku. Tak pasal-pasal aku beralih ke Yahoo pulak. Apa-apa pun kita tunggu 2-3 hari lagi. Kalau tak ada juga, Google + lah jawapannya.

Kembalikan widget follower kami.

p/s : Tak minat nak guna Google +. Macam tak ada cabaran dalam berblogging.
Apa pendapat korang? Masih menunggu widget follower ataupun terus beralih ke Google + ?

Fungsi dan cara mendownload Dropbox

0
0
Assalamualaikum.
Mesti ramai dah tau kan tentang Dropbox ni, dan mesti ada juga ramai yang tak tau. Okay, ini serba sedikit tentang Dropbox.

Dropbox adalah perkhidmatan percuma yang membolehkan anda menyimpan gambar, dokumen, dan video di mana sahaja. Fail yang disimpan ke dalam Dropbox juga akan menjimatkan ruang komputer dan telefon anda. Ini bermakna anda boleh membuat kerja pada komputer pejabat, dan menyelesaikannya pada komputer di rumah anda. (Dropbox memberi ruang percuma sebanyak 2GB)

Tutorial Download Dropbox di PC.
*Kalau korang dah install dekat handphone pun still boleh download dekat pc.

1.Sila klik Download.
Sila isikan maklumat diri dan Create Account.

2. Then dia akan keluar gambar macam kat bawah ni dan Dropbox korang akan terus didownload.

3. Tunggu sehingga proses mendownload selesai, dan pergi ke bahagian Downloads di File korang.
Contoh :
Double click dekat tempat yang aku mark tu.

4. Dan seterusnya dia akan keluar macam gambar kat bawah ni. Sila isi email dan password anda. Dan klik Next.

5. Klik sehinggalah dapat seperti kotak di bawah ini. Kemudian klik Install.

Yay, dah siap. Sekarang korang boleh la letak file atau gambar dekat folder Dropbox. Dan bila korang tengok kat kat  [ https://www.dropbox.com ] . Korang boleh tengok file/gambar yang telah korang letak. *Kalau buka dekat laptop lain atau handphone pun boleh. Janji Sign In je.

HASILNYA
Dropbox ni aku install dekat phone, jadi gambar yang ada dalam phone terus diupload ke dalam dropbox. Jadi selepas sehari aku download Dropbox ni dalam laptop. Gambar-gambar yang dari phone automatik dimasukkan ke dalam laptop dalam bahagian Dropbox. Contoh :

P/s : Bergunakan Dropbox ni. Dah jadi pengguna Dropbox ke belum?
Viewing all 78 articles
Browse latest View live