Quantcast
Channel: Nabiha Zaidi
Viewing all 78 articles
Browse latest View live

Lawatan Ke Sarawak

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t.
Bulan lepas, Warden-warden serta Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuching, Sarawak. Memandangkan kami dari Sungai Petani, kami pun pergi la ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. First time naik 'belon', so jakun sikit la kan. Penerbangan kami kalau tak silap lebih kurang 2 jam.

Sampai-sampai je kat airport Kuching, terus je kami ke Kolej Vokasional Matang untuk  melawat blok-blok asrama di sana. Dan seterusnya, lawatan ke Sekolah Menengah Teknik Sejingkat

Sekolah Menengah Teknik Sejingkat
Then, kami pun check in kat De Palma Waterfront Hotel.  Lepas berehat, malam tu kami nightwalk di Kuching Waterfront. Shopping la, apa lagi. Kat sini, kita boleh tengok Dewan Undangan Negeri Sarawak. Untuk makan-makan kita pergi ke seberang sungai, ada food court. Kat sini memang best sebab di sepanjang jalan ada je busking.


Nasi ikan terubuk masin
Sarawak Cultural Village, Kampung Budaya Sarawak.
Kampung budaya Sawawak ni terletak di kaki Gunung Santubong. Muzium hidup ini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Kat sini kita boleh tengok pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negara kita. Kat sini juga ada persembahan kebudayaan dua kali sehari. Walaupun tak banyak sangat persembahan, tapi tetap best. 





Kek Lapis Dayang Salhah
Kalau sebut je Sarawak mesti ingat kek lapis kan. So, kalau nak yang sedap dan agak tahan lama, boleh la try kek lapis Dayang Salhah. Kalau sembang-sembang dengan orang kat sana pun, memang diorang akan recommend kan Dayang Salhah. Sebelum membeli, kita boleh rasa dulu semua kek kat situ. Semuanya sedap-sedap. Kalau nak beli online, boleh la menempah di dayangsalhahkeklapis.com.my




Muzium


Pasar Sarikin
Pasar Sarikin ialah sebuah pekan kecil di Bau ( sempadan antara Sarawak dan Indonesia ). Pasar ini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Kat sini lah kalau nak memborong sakan pun.

Dan, akhirnya. Masa untuk pulang ke semenanjung. Bersama mantan pengarah KVSP2, Tuan Haji Ahmad bin Hassan. Terima kasih kepada Air Asia kerana telah memberi layanan yang baik. Now Everyone Can Fly.

Definisi Perkataan LOL

$
0
0
Assalamualaikum
Memandangkan guwa rasa dunia blogging ni dah arwah, jadi guwa mengambil inisiatif untuk tidak mengupdate blog ini buat sekian lamanya. Adakah anda merasa/berasa/terasa seperti apa yang saya katakan? Jawapannya terpulang kepada anda, tepuk paha tanya kawan sebelah. Siapa sangka, blog ini telah membuatkan ramai yang, "Oh ni ke Nabiha Zaidi, blogger tu?""Weh, kawan aku bla bla, dia kata kenai hang kat blog." Dan bla bla bla. Kadang-kadang guwa rasa taktau nak best sebab blog yang dah nak arwah ni masih ada viewer ataupun malu bila ada orang buka blog ni. Okay stop  masuk perigi angkat baldi sendiri. Bukan tu matlamat, tujuan mahupun objektif aku tiba-tiba update harini. Ilham aku untuk mengupdate pada hari ini juga bermula daripada bilik air. Entah pehal la pula tiba-tiba rasa macam, "Eh, lamanya tak jengok blog." Haa, macam tu lah lebih kurang. Dan hari ini guwa tergerak hati untuk menyuarakan pendapat tentang  perkataan 'LOL'.


Alright, mesti korang pun dah tahu kan lah maksud lol ni. Lol ni kira seangkatan lah dengan ASAP, NTKY, OOTD, FYI dan lain-lain. Tapi untuk golongan-golongan noob yang tak tahu, biar saya jelaskan. Perkataan LOL bermaksud Laugh Out Loud dan jika ditranslatekan dalam Bahasa Melayu pula, LOL bererti ketawa terbahak-bahak. Dan  untuk pengetahuan anda yang kurang membaca seperti saya, perkataan LOL telahpun dimasukkan di dalam Kamus Oxfordpada tahun 2011. 

Baiklah, pengguna laman sosial sering menggunakan perkataan LOL untuk menunjukkan benda tu lawak. Ok, contoh:

"Lol, lawak gila lah tengok Pian tersedak tulang lembu."

Jadi, jelaslah bahawa, perkataan LOL ini mampu untuk menggantikan perkataan yang lebih panjang dan sekurang-kurangnya dapat menjimatkan sedikit masa berbanding:

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA, lawak gila lah tengok Pian tersedak tulang lembu."

Ok. Kat situ dengan menggunakan perkataan LOL, kita akan lebih menjimatkan dalam lebih kurang 2-3 saat. Kerana dengan sebiji perkataan 'lol' kita mampu menggantikan perkataan, "HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" yang panjang dan memenatkan itu.

Tetapi tetapi tetapi, itu untuk sebahagian pengguna laman sosial yang lain. Namun bagi guwa perkataan LOL ini tidak melambangkan pun HA yang berkali-kali tersebut. Tetapi ianya lebih kepada.. "Haha, lawak sangat" (sambil buat muka annoying) ataupun "heh" sambil buat senyuman sinis. Tahu apa itu senyuman sinis? Senyuman sinis tu, senyum senget sebelah. Dan ini menandakan bahawa guwa akan mengeluarkan kata-kata perlian dan "heh" sambil memberi senyuman sinis ataupun guwa mungkin akan sebut lol apabila sesuatu yang guwa nampak itu, annoying sambil mata ke atas, tangan ke bahu. Atau atau dan ataupun, benda yang guwa rasa benda tu merepek.

Contoh:
"Haritukan, Jijah jatuh tersungkur depan lif. Lawak gile lah."

Okay, tak lawak dan annoying. Jadi guwa akan mengeluarkan perkataan, LOL, lawak sangat. (sambil buat muka sinis)

Lihat lah wajah ini, penuh dengan kebencian bukan? LOL.

Yes, thats for me. Definisi LOL versi Nabiha Zaidi.
Eh, jap. Apa function aku buat entri ni? LOL.
Adios.

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2015

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t.
Permohonan untuk kemasukan ke kolej vokasional pada tahun 2015 telah dibuka.

1. Iklan akhbar : 2 November 2014
2. Online permohonan : 2 November - 14 Disember.
3. Sesi temuduga : 20 Disember 2014 - 20 Disember 2014
4. Semakan online :1 Januari 2015
5. Pendaftaran tahun 2 dan 3 : 4 Januari 2015
6. Pendaftaran Tahun 1 : 12 Januari 2015
7. Rayuan : 13 Januari 2015 secara online.


Permohonan dan rayuan boleh dilakukan di http://www.moe.gov.my/

p/s : Maaf sekiranya ada berlaku kesilapan.

Kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2

$
0
0
Assalamualaikum, berikut ialah kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 dan ada daripadanya ditawarkan juga di KV lain. Jangan tanya ye kursus-kursus selain kursus di bawah dan Kolej Vokasional yang lain. Sebab saya memang tak tahu.


BIDANG PERNIAGAAN

Pengurusan Perniagaan

Pengurusan Perniagaan
Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Info : Perniagaan merupakan jantung kepada kemajuan negara. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada dokumen perniagaan, pengurusan pelanggan, konsep perniagaan yang betul dan teknik mengurus perniagaan mengikut situasi persekitaran semasa. Ia turut mendedahkan pelajar-pelajar mengenai hubungkait antara organisasi dan persekiratarannya serta pengurusan strategik dalam perdagangan dan industri. Kerjaya berpotensi seperti usahawan dan pengurus syarikat.


Kesetiausahaan Pentadbiran


Kesetiausahaan Pentadbiran
Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan 
dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain. Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.

Info : Tugas seorang setiausaha amat penting di dalam operasi sesebuah pejabat, syarikat atau organisasi. Seorang pengurus atau ketua memerlukan seorang setiausaha yang cekap dalam pelbagai urusan. Tanpa setiausaha, tugas seorang pengurus menjadi rumit terurtama dalam melayani pelanggan daripada pelanggan, mengatur janji temu, urusan surat menyurat, mengatur mesyuarat dan segala urusan rasmi melibatkan pejabat. Dengan kepesatan ekonomi negara dan pertumbuhan syarikat SME, multinasional permintaan terhadap setiausaha amat tinggi.


Perakaunan
Perakaunan
Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan
buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa
tentang prestasi syarikat.

Info : Perakuanan merupakan bidang yang melibatkan proses menyimpan, mengklasifikasi dan membuat laporan transaksi, aset, dan kewangan sesebuah organisasi atau syarikat. Setiap syarikat mesti mempunyai staf yang bertanggungjawab terhadap akaun dan kewangan. Kursus ini akan melatih pelajar untuk teliti, sistematik dan analitif terhadap prinsip perakauanan.
Prospek kerjaya biasanya ialah akautan, perunding kewangan, pengurus akaun dan kewangan dan sebagainya.

BIDANG HOSPITALITI

Seni Kulinari
Seni Kulinari
Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan
makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.

Info : Pelajar akan diterapkan dengan pelbagai pengetahuan, pemahaman dan teknik yang merangkumi teori, teknikal dan praktikal dalam kerja-kerja penyediaan, pengurusan dan menyelenggaraan makanan. Yang ditekankan di sini ialah konsep rekaan yang menarik dan kreatif, di samping mengenalpasti dan menggunakan alat yang sepatutnya dengan selamat dan betul. Prospek kerjaya adalah seperti chef kulinari di hotel, restoran mewah malah boleh membuka katering sendiri.


Bakeri dan pastri
Bakeri dan Pastri
Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan.
Cokelat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru
dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.

Info : Pelajar didedahkan penggunaan teknik membuat produk bukan-yis seperi doh berlamina dan penyediaan produk pastri, membuat sos ringkas dan memperagakan juadah kepada pelanggan. Program ini menyediakan pelajar untuk memasuki pelbagai jenis kerjaya bakeri dan pastri, contohnya sebagai chef dessert di restoran berstatus tinggi, membuat pastri di outlet pastri, pembuat roti di bakeri artisan, membuat pastri/dessert untuk bankuet/hotel dan banyak lagi.


Fesyen dan membuat pakaian

Fesyen dan Membuat Pakaian
Program ini menyediakan pelajar tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.
Info : Pelajar didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fesyen bagi mewujudkan pelajar yang kompiten dalam membuat pakaian serta peka kepada perkembangan fesyen. Kursus meliputi prinsip penggunaan alat jahitan, pemilihan bahan, kajian fesyen, penjagaan fabrik dan proses membuat pakaian. Peluang kerjaya seperti Pereka Fesyen Profesional, Penasihat Fesyen serta membuka butik pakaian dan tradisional atau moden.


Kosmetologi
Kosmetologi
Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badanpenggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.
Info : Kosmetologi ialah pengajuan dan aplikasi rawatan kecantikan. Ini merangkumi kecantikan rambut, rawatan muka, kosmetik dan lain-lain. Pelajar juga berupaya mengenalpasti dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran dalam kehidupan seharian dan memberi sumbangan secara optimum dan berkesan kepada berbagai lapisan masyarakat. Peluang pekerjaan seperti Pedandan Salun, mengurus spa dan lain-lain.

Pengajian awal kanak-kanak


Pengajian Awal Kanak-Kanak
Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan 
kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan 
pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat 
tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.

Info : Kursus ini memberikan ilmu pengetahuan mengenai aspek pembelajaran dan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak secara menyeluruh. Kursus ini memberikan bimbingan dan panduan lengkap kepada pelajar untuk menguruskan kanak-kanak dengan cekap. Peluang kerjaya seperti pengasuh, pengajar dan pendidik tadika, sekolah swasta. Graduan juga boleh membuka taska dan tadika sendiri.

p/s : Maaf ya yang whatsapp/wechat tak berbalas. Wechat memang tak diapprove, dan whatsapp kalau ada masa saya balas. Tapi kalau yang whatsaap tanya benda yang tak munasabah dan tak perlu dijawab, saya memang tak balas :)

Credit : Fanpage KVSP2 / Video Korporat KVSP2 / Semua student KVSP2
Sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan di bawah.

Tutorial Menggunakan ImageShack

$
0
0
Assalamualaikum. Fungsi imageshack ini ialah untuk mendapatkan URL gambar.


CARA SIGN UP IMAGESHACK.
1. Pergi ke link https://imageshack.com/
(Boleh klik gambar untuk gambar yang lebih besar.)
Klik 'Sign up'
Klik SIGN UP FOR A FREE ACCOUNT

Lepas dah keluar benda ni, sila check emel anda ya.

Klik Active Now
Klik SKIP sampailah jumpa seperti gambar di bawah.



CARA UPLOAD GAMBAR

Klik UPLOAD

Klik Browse & Upload dan pilih gambar/


Siap. Boleh la ambil URL tu dan paste dimana-mana yang perlu.


Review Episod Terbaik Running Man

$
0
0
Assalamualaikum. 
Hai semua. Eh, rasa macam pelik je bagi hai. Okay, hari ni guwa nak cerita sikit pasal Running Man. Rasanya semua dah tau kot variety show yang popular gila dan rasa macam terlambat gila tiba-tiba hari ni baru nak pos pasal Running Man. Emm. *sadface* Dah 4 tahun berlalu dan nak masuk ke tahun kelima dan sekarang ni dah ada sampai 226 episod dah pun Running Man ni. Banyak kan? Well banyak. Tapi semua dah habis tengok. 


Lee Kwang Soo, Kim Joong Kook, Song Ji Hyo, Kang Gary, Ji Suk Jin, Jae Suk dan Haha
So, kepada peminat tegar Running Man, rasanya pos ni dah tak berguna pun. Tapi yang masih baru, tak tau nak tengok yang mana dulu, sini guwa kasi review sikit episod mana yang best bagi guwa. Semua episod best dan lawak dan wajib gelak, tapi ni yang PALING best. Tapi ni pendapat guwa je. Lain orang lain pendapatnya. Bagi yang kata, LOL Kpop, Booo kpop, Nak habaq mai, ni variety show bukan kpop. Ihiks.



Running Wars (Episod 222)
No Guest.
Guwa cukup suka kalau episode tak ada guest sebab selalunya diorang akan bekerja dalam satu team. Episod ni lawak sebab guwa tak tahan tengok muka rambut Gary dan kepala Kwang Soo semestinya.
Klik sini untuk tengok : Running Man Episod 222

Running Man eps 200
Asian Dream Cup in Indonesia (Episod 200)
Guest : Park Ji Sung dan Cha Bum Geun
Rasanya ramai kot yang kenal dengan Park Ji Sung, pemain bola sepak terkenal Korea yang sekarang bermain untuk Manchester United. Episod ni diorang kat Indonesia, paling lawak part dekat zoo. Ada yang kena selesaikan misi  dengan buaya, singa, harimau, zirafah, dan lain-lain lagi. Memang lawak bila kena interaksi dengan binatang. Kau berani?
Klik sini untuk tengok : Running Man episod 200


Romea and Juliet (Episod 181)
Guest : Lee Jong Suk, Bo Young, Lee Se Young
Episod ni yang paling guwa tersengih-sengih depan laptop. Memang sweet gila Ji Hyo dengan Jong Suk kena selesaikan misi. Keputusannya adakah berjaya ataupun tidak misi mereka, kena tengok lah. Kalau bagitau dah tak suprise pula.
Klik sini untuk tengok: Running Man episod 181


King Of Idols (Episod 162)
Guest : Beast MBLAQ, 2PM, Infinite, APink, Sistar, Girl'sDay.
Best opening ever lah bagi guwa sebab Running Man members kena menari untuk opening. Memang gelak terbahak-bahak la guwa tengok.
Klik sini untuk tengok : Running Man Episod 162.


Jackie Chan's Treasure Hunter (Episod 135)
Guest : Jackie Chan & Choi Si Won (Super Junior)
Bagi guwa, episod ni best sebab kekuatan guest dia yang memang superb. Siapa yang tak kenal dengan Jackie Chan, pelakon aksi terkenal beb, paling penting duta syampu Bawang. Dan Siwon, Super Junior members ataupun duta Line. Dulu-dulu ada la iklan kat tv3. 
Klik untuk tengok : Running Man Episod 135)


p/s : Kebanyakkannya Running Man yang agak latest, sebab semua 135 ke atas. Tapi banyak juga lain-lain episod yang best, contohnya episod The Final Case (225), Adventure In Australia (188), Animal Kingdom (141), Episod 96.
Running Man Hwaiting!

DIY : Buat Sticker Laptop Sendiri

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t. After a year baru sempat guwa nak update blog, padahal bukan tak sempat, tapi malas gila, dan acah sikitlah dengan design blog yang baru padahal luls, agak girly dan nampak macam blog biasa dan tak ada yang wow langsung pun. So, harini memandangkan guwa rajin nak update blog yang dah usang teruk ni, guwa nak share la DIY buat sticker laptop sendiri. Walaupun guwa bukanlah jenis yang kreatif, tapi guwa cuba juga buat benda ni sebab masa cuti haritu guwa bosan gila. Tambahan pula, *cewah* sticker laptop yang dijual pun macam hmm biasa-biasa je, tak kena dengan taste pun. So jom tengok.

Ni, sticker laptop yang aku buat sendiri. First try, so tak gempak sangat, just simple dan paling penting tak susah pun nak buat. Cuma gambar yang dipilih tu lah yang memainkan peranan penting. Nak mudah, setkan tema yang korang nak pilih, so senang la nanti masa pemilihan gambar. Macam guwa, guwa pilih tema quotes acah-acah freedom lah.


DIY laptop sticker

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  • A4 sticker berwarna putih
  • A4 sticker lut sinar/ laminating sheet
  • Kertas putih
  • Printer
  • Gunting
  • Gam 

 Dan cara-caranya:
  1. Pilih gambar yang anda inginkan di Google. Nak guna gambar sendiri pun boleh.
  2. Print gambar.
  3. Potong gambar.
  4. Lekatkan kertas stiker putih A4 di atas laptop anda, supaya mudah ditanggalkan kemudian hari.
  5. Susun dan lekatkan gambar di atas permukaan laptop yang telah dilekatkan dengan kertas A4 sticker putih.
  6. Lekatkan laminiting sheet ataupun kalau susah nak cari, gunakan kertas sticker lut sinar di atas permukaan laptop supaya kalau kena basah ke apa ke, gambar tak rosak.
  7. Siap!
Untuk lebih faham, boleh la tengok video di bawah. Kalau tak boleh play [KLIK SINI]

Okay, untuk gambar kecik-kecik tu kalau nak print pun boleh. Just download kat  [SINI] dan [SINI]  hanya right click, save image as, done.
Simple kan?

Kem Kepimpinan MPP & JPKP Kolej Vokasional Zon Kedah Perlis

$
0
0
Assalamualaikum. Pada 18-20 Februari 2016 yang lepas, guwa telah menyertai kem di KAMC dan Kem Palas di Yan, Kedah. Memandangkan guwa kena buat laporan pasal kem ni, alang-alang guwa update terus lah blog ni. Jadi kem ini telah disertai oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Pengurusan Kediaman Pelajar seramai 8 orang setiap Kolej Vokasional di Zon Utara Kedah-Perlis ni. Jadi, antara Kolej Vokasional yang terlibat untuk kem ni ialah KV Arau, KV Kangar, KV Sungai Petani 1, KV Sungai Petani 2, KV Langkawi, KV Kulim, KV Alor Star dan SMT Alor Star.

Kalau 2 tahun yang lepas, kem sebegini dibuat di Timah Tassoh, Perlis yang sememangnya berbeza gila dengan Kem Palas ni. Kalau kat Timah Tassoh ada aktiviti macam Flying Fox, Rock Climbing, cycling dan lain-lain, kat Yan ni pula, kem ala-ala tentera macam acah nikmati nature lah kat sini.


First time tau pasang khemah, sebelum ni tau tidur je. Masa baru sampai tu pun kitorang dah kena pumping kes silap bagitau bilangan peserta. Masa tu, “nak balik, nak balik, nak balik.”

Jadi, ni antara aktiviti kami disana.


Pagi-pagi kitorang ada senamrobik. Time kitorang jadi conductor kat depan tu takpe lah boleh main-main. Sekali Sarjan Roslan (ketua jurulatih) yang conduct, memang power la step dia bagi.


Masa ni kena present untuk kertas kerja. Biasalah MPP kan banyak event nak kena handle. Tapi dengan masa 30 minit nak fikir, bincang bla bla, then kena kritik kawkaw pula kan. Memang peh peh. Eh, pemimpin kena sado tau. Ni group Platun 4, group guwa. Tapi muka guwa tak ada, dilindungi gitu.


Masa untuk ready makan petang tu, guwa dengar jurulatih cakap pasal 'makan beradab', eh punyalah tak berakalnya guwa, fikir kat kem nak makan kat meja ramai-ramai, lepastu pakai sudu garfu. Luls. Tak okay, tapi makan satu pinggan, aku suap kau, kau suap aku. Tak pernah aku sweet-sweet gini.


Bila tengok balik tentatif tu, ingatkan pukul 12 malam tu dah boleh tidur. Tertipu. Pukul 12 baru nak masuk dalam hutan. Masa malam pertama tu, kami ada latihan ketahanan diri, so kena angkat sorang peserta dengan hanya menggunakan kain batik. Lepas tu, kena baring atas jalan tar ditemani bulan dilangit yang entah berapa lama. Untuk malam kedua pula, kena tutup mata, lepas tu aku pun tak pasti apa jadi sebab aku tidur sambil duduk dalam hutan tu.

Banyak sangat pengalaman manis kat sini, antaranya bila dengar je bunyi bom, kami semua kena jerit Grenade, dan terus menerap. Tak kira lah kau buat apa pun. Dari kena menerap masa kawad, masa berjalan, masa trakking, masa bergelak ketawa, sampaikan masa majlis penutup pun boleh bunyi boom. Naya-naya.



Kat sini kami banyak belajar. Bukan kemenangan yang menjadi tujuan utama, tapi kerjasama di antara satu pasukan yang paling penting. Eh, cliché pula tetiba.

So memang bestlah kat sini, sebenarnya banyak lagi aktiviti kat sini, contohnya, pengucapan awam, debat kepimpinan, trakking denai Gunung Jerai, tapi tak ada gambar, ni pun ihsan dari peserta dari KV lain je. Terima kasih ya. :)
So untuk yang nak datang ke sini, kat bawah ni boleh tengok pakej-pakej yang ada. Boleh hubungi terus pihak kem palas.


Telefon : 013-4355897/019-4806030

Adios.

DIY : Cuci / Cetak Gambar Sendiri

$
0
0
Assalamualaikum. So today nak share sikit macam mana nak cuci / cetak gambar sendiri untuk letak dalam album gambar. Mungkin ramai dah tau, tapi mungkin ada yang tau, tapi hasil gambar tak lawa tak sebab tak ikut prosedur yang betul. *ceh, macam aku buat lawa je*


Ni hasil DIY photo album yang aku buat, khas untuk album zaman belajar kat KVSP2 dari tahun 2013 hingga 2017. Daripada mula hari pendaftaran, belajar 4 tahun, buat latihan sangkutan, in shaa allah praktikal bulan Disember untuk 4 bulan, lepas tu page last sekali gambar graduation. Ala-ala journey aku selama 5 tahun ni nak dapatkan diploma. Peh, tinggi betul cita-cita. Sekarang baru siap separuh.


Selalu orang kalau print gambar, kualiti tak cun sebab:
1. Salah pilih kertas (guna kertas A4 biasa)
2. Print melalui Microsoft Word. Dah la tak lawa, menyusahkan pulak nak susun satu-satu.
3. Dah print melalui cara yang betul tapi tak setting jenis gambar.
Okay, so macam mana nak buat? Check it out.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah: 
  • Komputer/laptop
  • Printer (berwarna)
  • A4 glossy photo paper 
  • Paper cutter *kalau tak ada, guna gunting
  • Album gambar *optional



A4 glossy paper ni korang boleh cari kat kedai buku. Harga dalam lingkungan RM10-RM20 untuk 20 keping. Yang aku beli ni, RM9.90 je, tapi aku pernah beli harga RM16. Ikut jenama dan tempat jugak kot. Selalu kalau nak beli sekeping pun ada, RM1 sekeping.

Lagi satu, untuk effect gambar korang yang lawa, jangan lupa edit sikit. Tapi kalau dah lawa, ikut suka la nak print terus ke apa. Aku edit guna photoscape je, sebab paling mudah nak adjust brightness dan sebagainya.

Cara-cara
1. Pilih gambar yang nak dicuci dan letak di dalam 1 folder.
2. Select all (nak mudah tekan je dekat keyboard Ctrl + A serentak) dan right click.
3. Pilih option "print"

Select All - right click - Print

4. Tengok dekat pop up window bawah ni. Jangan lupa setting : type paper tu tukar kepada "photo glossy paper" dan pilih saiz yang korang nak. Kalau aku, aku buat 9 gambar sekali satu page, jimat. Lagi satu masa nak print tu, make sure set jenama printer tu sama dengan printer korang yang guna. Kang jenuh hempuk printer tu gambar tak keluar-keluar.


5. Klik Print. Tunggu gambar selesai diprint.
6. Gunting gambar. Nak mudah guna paper cutter, tapi kalau tak ada, guna je gunting. 
7. Susun dalam album dan siap!!

Gambar-gambar ni semua nak gantung dalam bilik boleh, letak dalam frame pun boleh. Tapi nak diingatkan, gambar ni tak tahan lama kalau terdedah sangat dengan udara.(boleh tahan mungkin paling lama setahun) So pilihan yang terbaik ialah letak dalam album ataupun frame okeh?

Adios.

Soalan Lazim : Kemasukan Ke Kolej Vokasional

$
0
0
Assalamualaikum. Lama sangat tak jenguk blog ni, dan sekarang ni pun musim adik-adik lepasan PT3 memohon sekolah-sekolah berasrama penuh, Kolej Vokasional dan lain-lain. Since aku pernah pos tentang Kolej Vokasional 5 tahun yang lepas, Omg malu k nak baca balik post tuBanyak sangat komen, pertanyaan, whatsapp, email, chat kat facebook, semua tanya pasal Kolej Vokasional, Kalah retis kateko. So sorry banyak yang tak sempat nak balas sebab sibuk sikit sekarang. Siang jadi pekerja, malam jadi student.

Sekarang ni, tengah On Job Training ataupun praktikal, ataupun orang panggil Latihan Industri di Mohd Anuar & Co, Peguambela & Peguamcara di Sungai Petani. Tak jauh pun dengan Kolej Vokasional Sungai Petani 2. In Shaa Allah bulan 3 ni habis. Banyak pengalaman dapat kat sini, dan waktu ni lah baru sedar.

"Ya Allah, apa yang aku belajar selama ni tak sangka berguna masa kerja. Dulu masa belajar main-main. Sekarang baru tau guna, punca, kenapa, sebab belajar benda-benda tu."
Sekarang pun tak sempat nak bernyawa sebab pagi sampai petang kerja, then malam kena buat buku log, laporan, dan of course kena siapkan Final Project.  Untuk yang tertanya-tanya tu, aku sekarang dah habis dah 8 semester bersamaan 4 tahun di Kolej Vokasional. Alhamdulillah. Cuma tunggu habis praktikal, dan segala benda yang tertunggak macam laporan semua tu je. Perancangan lepas habis praktikal ni taktau lagi sama ada nak cari kerja di Kedah ataupun balik ke rumah di Kuala Kangsar, Perak. :) Untuk information semua, masa praktikal tak ada disediakan asrama ya. Sama ada pilih tempat praktikal berdekatan dengan rumah, ataupun menyewa je lah macam aku ni.



Kat sini, aku kumpulkan Frequently Asked Question (FAQ) yang orang selalu tanya, tiap-tiap tahun tanya soalan yang sama. Ponat den nak ulang banyak kali. So baca je kat sini. Tapi jawapan-jawapannya mungkin ada yang betul, ada  yang salah. Sebab Kolej Vokasional kat Malaysia ni bukan satu je, so mungkin ada sistem yang tak sama.

1. "Kalau ada subjek gagal susah tak nak mohon Kolej Vokasional ni?"
Bab ni rumit sikit, selalu ikut Kolej Vokasional tersebut. Kalau permohonan untuk masuk ke KV tu tinggi, mestilah susah kan nak masuk. Sekarang ni pula, sistem PT3 kan, so taktau sangat. Cuma kalau masa PMR dulu tu susah la nak masuk kalau ada gagal."


2. "Macam mana laluan perjalanan sebelum nak masuk ke KV ni?"

  1. Mohon untuk masuk ke KV.
  2. Permohonon akan disenarai pendek. 
  3. Akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  4. Temuduga
  5. Surat tawaran akan dihantar kepada yang berjaya.
  6. Daftar masuk.


3. "Macam mana dengan interview?"
Sebelum ni, aku pernah juga join untuk interview student yang baru nak masuk. So tau la serba sedikit hal-hal ni. Masa interview pakai baju sekolah, dan selalunya ada test sikit bab-bab bacaan dalam solat, baca potongan ayat Al-Quran. Lepastu baru interview macam nak interview kerja tu.

Antara soalan-soalan basic, macam pencapaian masa sekolah dulu,  kenapa pilih kursus ni, kenapa kena pilih korang, dan lain-lain. Paling penting, tunjukkan minat dan pengetahuan dalam kursus tersebut. Macam kursus aku ni, kesetiausahaan. Jangan la bila tanya, apa yang awak tau pasal kesetiausahaan, senyap, blur, taktau apa. Kalau interview untuk bidang Kulinari mesti lah tau basic memasak ni. Kang kena test sikit bahan-bahan memasak depan mata, haa kunyit dengan rempah kari pun ko taktau mana satu, haa susah la gitu. Oh ye, untuk Kesetiausahaan, ada kena buat english communication sikit, //goreng je// Yang pasti, kena yakin. Baru penemuduga yakin dengan korang, even result korang cukup-cukup makan pun, kalau pandai ambil hati temuduga, In Shaa Allah masih berpeluang.


4. "Kolej Vokasional ni pakai baju sekolah ke?"
Untuk uniform Kolej Vokasional, setakat ni untuk pra diploma iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5 akan pakai baju korperat Kolej Vokasional berwarna oren, selaras 1 Malaysia. Bagi pelajar Diploma yang berumur 18-19 tahun pula, akan pakai uniform yang berbeza antara setiap KV. Untuk setiap kursus juga, mungkin akan ada uniform untuk kursus masing-masing.

Uniform Kolej Vokasional selaras 1 Malaysia

Uniform pelajar Diploma KVSP2 
(Uniform adalah  berbeza mengikut Kolej Vokasional masing-masing)

Dan bawah ni pula contoh-contoh uniform bagi kursus masing-masing. Credit gambar : Kelab Fotografi Kolej Vokasional Sungai Petani 2.





4."Subjek apa yang belajar kat sana?"
Kat KV ni pengajian selama 4 tahun. So 2 tahun untuk pra diploma, 2 tahun lagi diploma. Total keseluruhan semester ialah 8 sem. Pelajar pra diploma akan ambil subjek teras (BM, BI, Math, Sains, Sejarah, Agama) dan tambahan subjek modul course masing-masing. Setiap semester modul course akan bertukar. Bagi pelajar diploma pula, tak pasti untuk sistem yang seterusnya, tapi kalau ikut sistem macam aku ni, masa diploma ada la subjek Sains, Math, English Communication, Keusahawanan, Profesionalisme Pekerjaan, Tanggungjawab Pekerja, pilihan Bahasa Arab/Mandarin dan lain-lain lagi. Dan macam biasa, setiap semester akan ada tambahan untuk modul course. Kalau Kesetiausahaan ada lah modul macam (Office Documentation, Asset & Facilities, Penulisan RINTAS, Meeting & Travel Arrangement, Computerized Account, Human Resourse, dll)


5."Bab pakaian, barang keperluan asrama semua tu macam mana pula?"
Surat tawaran akan dipos kepada pelajar. So dekat dalam tu, akan tertulis lah segala yuran, dan keperluan seperti uniform dan barang-barang yang perlu dibeli di KV. Antaranya, uniform, baju batik asrama, cadar, selimut, (Kalau tak ada dalam senarai tu, kena beli lah sendiri)

Banyak lagi soalan sebenarnya, In Shaa Allah kalau ada masa, aku akan reply. So good luck kepada yang memohon tu.  Ni kalau korang nak baca balik pos lama :


Adios.

Download Drama dan Variety Show Korea

$
0
0
Assalamualaikum. 
Sekarang ni banyak betul trending drama korea yang best-best kan, tapi ramai juga yang taktau kat mana nak download. Kalau drama Korea, kena tengok betul-betul baru feel, untuk variety show pula lebih kepada sense of humor. Lagi banyak kau tengok variety show ni, lagi banyak la kau faham maksud tersirat lawak tu. Sebab tu aku selalu mengekek sorang-sorang gelak tengok laptop.So, kat sini aku nak tunjuk sikit kat mana aku selalu menonton/download variety show. Jeng jeng jeng.

Korang boleh klik http://kshowonline.com/ untuk download macam-macam show yang ada kat situ. Klik je Show List dan pilih. 

Antara show yang menarik  ialah: 

RunningMan
Setiap minggu akan ada tema, misi, dan game-game yang menarik. (boleh tengok secara random, tak perlu ikut episod) Setelah 7 tahun ni, show ni akan ditamatkan pada bulan Februari 2017.

We Got Married
Show ni pula akan pair up kan pasangan daripada kalangan selebriti yang sebelum ni mungkin tak kenal satu sama lain, dan akan menempuh alam percintaan. Macam mak kite jodohkan kita, lepastu jumpa, lepastu kahwin. Haa lebih kurang gitu. .Antara couple yang guwa minat : Jong Hyun (CN Blue) & Seung Yeon, Henry (Super Junior) & Yewon, Jaerim & So Eun. Memandangkan banyak couple yang si lelakinya handsome, charming, tough, tak boleh lupa juga couple paling menarik sebab si perempuan pada mulanya tak nak terima lelaki tu sebab anggap sekadar kawan/abang ialah Kwang Hee & Sun Hwa. Bagi aku couple ni paling lawak sebab si perempuan lagi tough dari si lelaki. 


Roommate
Selebriti dari pelbagai bidang (pelakon, penyanyi, model, comedian, dan lain-lain akan duduk sekali dalam satu rumah.) Dari stranger diorang hidup saling memahami kat dalam rumah tu. Show ni ada 2 season, dan dah habis pada tahun 2015.

Banyak lagi sebenarnya variety show yang aku follow up contohnya Weekly Idol, Infinity Challenge, Law Of The Jungle dan lain-lain.

_____________________________________________________________________________

Bagi peminat drama korea pulak, korang boleh download di http://kissasian.com/ . Cuma perlu right click di video yang sedang berjalan dan save video as.


Antara drama yang masih berjalan ialah :

The Legend of the Blue Sea,
Genres: Comedy, Drama, Fantasy, Romance


Hwarang 

Genres : Historical, Romance, Youth

Goblin
Genres: Fantasy, Melodrama, Romance

Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Genres : Comedy, Romance, Sports

Selamat mendownload. Adios!

Pengalaman Temuduga Pembantu Tadbir Sambilan

$
0
0
Assalamualaikum.

Setelah 3 bulan berlalu, praktikal pun dah habis, sekarang status pun bertukar menjadi 'job seeker'. Baru-baru ni juga, aku kerja sekejap sebagai Pembantu Pengawas Peperiksaan di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar (USAS). Kebetulan, hari terakhir kerja, USAS call untuk panggilan temuduga bagi Pembantu Tadbir Gred dan temuduga ni officially temuduga pertama yang related dengan bidang yang aku belajar, Sebelum ni, dapat temuduga kebanyakannya jauh, dan tak pergi. So check it out soalan-soalan yang diberi. Mana tahu, soalan-soalan ini dapat membantu.

Pembantu pengawas peperiksaan

1. Ceritakan tentang diri anda.
So, biasalah memang soalan ni ialah soalan wajib dan paling senang nak jawab. Aku cerita pasal  kegiatan aktif masa kat kolej dan pengalaman kerja dulu.

2. Apa kemahiran anda?
Kat sini aku cerita yang aku biasa dah buat kerja-kerja pengurusan macam menguruskan surat, emel, panggilan telefon, inventori, Then, bila aku mention selalu uruskan program, penemuduga suruh ceritakan program yang terbesar yang pernah aku handle. So, aku ceritalah tentang program tersebut. Daripada meeting, peruntukan bajet, aktiviti yang dilakukan dan sebagainya.

3. Kemahiran dalam IT.
Basically untuk IT, Microsoft Excel memang paling penting sekali sebab memang banyak pengiraan semua guna Excel. Setakat Microsoft Words, Powerpoints tu mestilah kena tau kan. Then, aku cerita tentang blog, dan penemuduga pun check blog ni. Kat sini memang menyesal gila kenapa tak explain banyak dan tak tunjuk blog company yang dah aku pernah design dengan website yang aku bina untuk projek tahun akhir. For sure, kalau teror Adobe Photoshop atau software grafik yang lain memang extra mark la kat korang.

4. Pernah buat marketing tak?
Rasanya untuk soalan ni, mungkin penemuduga nak tengok kesesuaian untuk jabatan mana. Yes, pernah buat marketing tapi tak pernah belajar marketing. Kat sini pun aku lupa juga nak mention yang aku pernah belakon untuk buat video promoting bagi satu kolej swasta ni. Dah tak dapat extra point kat sini. hm.

5. Apa kelebihan anda?
Soalan ni memang aku dah prepare dah siap-siap. Cliche je jawapan.

6. Nama-nama orang kenamaan.
So sad, tak dapat nak jawab banyak soalan ni. 

7. Isu semasa yang sedang hangat di laman sosial.
Untuk isu semasa aku ceritakan tentang isu di Marawi, Filipina.

Dan banyak lagi soalan-soalan yang boleh je jawab dengan spontan macam nak sambung belajar lagi ke tak, boleh jadi pengacara majlis tak, kalau kena balik lewat ok ke tak and so on. Lastly, penemuduga bagi tugasan untuk buat satu artikel bebas.  So, itu lah pengalaman temuduga pertama. Lepas ni dah tau lah soalan-soalan macam mana yang akan ditanya. Untuk yang ada temuduga untuk Pembantu Tadbir juga, good luck!

Adios.

Update: Saya berjaya temuduga ni :)

Tips Temuduga Kolej Vokasional

$
0
0
Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang pun dah nak masuk tahun 2018, aku pun dah konvo bulan 8 haritu, dan sah menjadi alumni Kolej Vokasional, dan sudah pun bekerja selama 6 bulan di sebuah universiti tempatan peh, boleh check it out entri pengalaman temuduga haritu. Tapi ramai jugak adik-adik lepasan PT3 setiap tahun daripada tahun 2014 dulu mesti ada whatsapp, komen kat blog, emel, DM kat IG, chat kat facebook, tanya kat twitter eh banyak la pasal KV dan Kesetiausahaan Pentadbiran.

Dah konvo yay
So, kat sini aku nak cerita sikit la pasal temuduga nak masuk Kolej Vokasional. Sebelum ni, aku dah pernah uruskan sesi temuduga student 2 kali, dan pernah temuduga student sendiri (bersama pensyarah). Diingatkan, post ini hanyalah sekadar apa yang aku tau dan atas dasar pengalaman lepas sahaja. Kalau ada perubahan, minta maaf lah ye patik kurang periksa. Lagi satu, kebanyakan ujian ada batch kena, ada yang tak kena, ikut KV jugak. Aku mention, just in case ada. Sebab semua ujian ni pernah berlaku dalam masa 4 tahun sebelum ni.

Ujian Fizikal
Ujian ni korang kena berlari mungkin satu padang, mungkin kawasan kolej dan sebagainya. Tujuannya nak uji fizikal korang sebab kebayakan program di KV agak tough dan kelas pun 8 pagi-5 petang. Kalau tengah-tengah lari tu korang pengsan, semput tiba-tiba, menggelupur ke, out la ye.
(Rasanya ujian ni dah tak ada, kurang pasti)

Ujian Bertulis
Ujian bertulis ni soalan senang. Soalan basic je. Tak perlu risau.

Ujian Kerohanian
Ujian bacaan ayat Al-Quran (nak make sure boleh baca je), dan bacaan dalam solat.
(Tak pasti untuk KV lain, tapi KVSP2 selalu ada)

Temuduga
Temuduga ni korang prepare je lah macam nak jawab temuduga kerja. Antara contoh soalannya:

  • Kenalkan diri.
  • Kenapa pilih program dan KV tersebut.
  • Apa pencapaian semasa di sekolah.
  • Apa yang anda tahu mengenai kursus tersebut.
  • Apa bidang kerjaya yang anda tahu mengenai kursus tersebut.
  • Pendapat mengenai KV.
  • Hobi dan cita-cita (Soalan trick, kalau jawapan tak related dengan kursus, nampak sangat tak berminat pun dengan kursus tersebut. Contoh, ambik Seni Kulinari tapi cita-cita nak jadi doktor)

.... dan banyak lagi soalan-soalan macam temuduga kerja tu. Paling penting jawab kena yakin, ikhlas, dan jangan menipu.

Selain daripada ujian-ujian di atas, setiap kursus juga ada ujian yang berbeza. Contoh, Seni Kulinari perlu bagitau nama 10 jenis bahan masakan, haa bagitau la kalau depan korang ada rempah kari, bunga cengkih, bunga kantan, daun sup ke ape ke. Kalau fesyen, mungkin ada ujian design baju dll. Kalau Kesetiausahaan, kena cakap omputeh sikit je.

Untuk yang nak tau mengenai Kesetiausahaan Pentadbiran, dengan ini aku dengan rasminya mengisytiharkan laman web Kesetiausahaan Pentadbiran, Kolej Vokasional Sungai Petani 2. In Shaa Allah website ni akan diwariskan kepada junior-junior dengan pemantauan pihak atasan. Lama dah sebenarnya website ni diwujudkan, sebab final project lulz, sekarang baru nak publish. Huhu. 

Jadi semua, boleh la check https://kesetiausahaankvsp2.blogspot.my/ . Semoga bermanfaat!

Orientasi PJJ USM

$
0
0
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berjaya ditawarkan menjadi salah seorang pelajar di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Pengurusan melalui Program Rancangan Pengajian Jarak Jauh (PRPJJ). Tak sangka, dulu masa Diploma punyalah taknak sambung belajar. Tapi betul orang kata, benda yang kita tak suka tu la nak dapat pun. 

So, 5 Ogos 2018 - 8 Ogos 2018 bermulalah sesi orientasi (Siswa Lestari) di Kampus Kejuruteraan, USM, Nibong Tebal. Ya, kamilah batch pertama yang dicampakkan ke sini sebab ada event besar di kampus induk. Nasib waktu orientasi je. Nanti Kursus Intensif di kampus induk pula. Btw, selesa je di Kampus Kejuruteraan tu, cuma dapat tingkat 3 (tak termasuk ground floor) memang boleh kurus, tapi sebab kitorang melantak gigih ronda Penang, tak kesampaian la nak kurus ye.

Dulu masa tadika kelas sekali, degree pun sekali ye. Opie (tudung pink) my cousin.

Kali ni orientasi 4 hari maka segala proses pendaftaran, pengesahan sijil semua dilakukan semasa Siswa Lestari ini dijalankan. Paling tak sabar ialah Majlis Sambutan Siswa & Ikrar Pelajar, baru lah feeling-feeling eh betul ke aku sambung degree kat USM ni. Siap nyanyi lagu USM gitew. Apa-apa pun staf sini memang A+ sedia membantu takde kerek-kerek.

Kenapa pilih untuk buat PJJ ialah sebab aku dah kerja. Dengan zaman ekonomi tidak menentu ni, aku rasa eloklah aku belajar sambil bekerja ni. Acah kerjaya dan ilmu seiring.Sebelum ni aku banyak cerita zaman diploma, In Shaa Allah lepas ni boleh cerita pasal USM pulak ke kan? 

Adios.

Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum,
Hello. Alhamdulillah selesai sudah kursus intensif pada tahun ini. Tahun kedua bagi aku :) Jauh lagi perjalanan.



Memandangkan ramai yang DM kat instagram pasal PJJ di USM. So ni antara soalan-soalan yang aku selalu dapat:

1.Kelas

Boleh dikatakan setiap minggu ada kelas secara online (telesidang webex), mostly hari Sabtu. 
Kita akan diberikan jadual di dalam portal. Kalau tak sempat nak tengok, video webex akan diupload lebih kurang seminggu kemudian. Cuma rugi sebab tak boleh nak interact dengan lecturer.

Sesi telesidang webex bersama lecturer


2. Kursus Intensif
Setiap tahun akan diadakan kursus intensif di kampus induk, USM Penang lebih kurang 3 minggu pada bulan Januari sehingga Februari. Asrama disediakan.

kelas bersemuka

Fungsi:-
  • Jumpa pensyarah
  • Pergi kelas (secara bersemuka)
  • Pentaksiran Berterusan (mid term exam)
  • Jumpa kawan-kawan yang lain untuk siapkan assignment berkumpulan.

3. Assignment
Assignment lecturer akan up dalam portal, dah siap boleh hantar by pos/walk in atau pun menggunakan servis online, (print dan diorang hantarkan). Muka hadapan tugasan akan keluar barcode nombor kad pengenalan masing-masing. Jadi, boleh semak di portal sama ada tugasan telah berjaya diterima ataupun tidak. Selain itu, ada juga assignment yang perlu diupload dalam portal sahaja.

semua ada barcode, IC masing-masing


4. Exam
Exam terbahagi pada dua, Pentaksiran Berterusan (mid term) dan Final Exam.

  • PB akan diadakan di Pusat Wilayah masing-masing dan USM semasa Kursus Intensif. 
  • Final exam diadakan di negeri masing-masing. 


Boleh dilakatakan semua online kecuali setahun sekali berkampung di USM dalam 3 minggu dan Pentaksiran Berterusan (mid year exam) dan Final exam di negeri masing2.


5. Kursus yang ditawarkan

Boleh semak disini [LINK] untuk syarat kelayakan. Minimum MUET band 2.




6. Cara permohonan


p/s : Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Adios!


Checklist Bajet Kahwin

$
0
0

Assalamualaikum 2021!*Jenis update blog setahun sekali, haha.* 

Kali ni checklist bajet kahwin untuk bakal-bakal pengantin. Kenapa aku buat checklist ni? Sebab wedding planner ialah salah satu cita-cita tak kesampaian aku. Lagipun ni mesti keyword yang hot setiap hari. 

Kebiasaannya, bakal pengantin akan pandang remeh item-item yang kecik ni. Tapi kena ingat item yang kecik ni kalau dah banyak, boleh lari bajet tau. Semoga checklist ni dapat membantu bakal-bakal pengantin dan akan aku guna bila berjumpa jodoh nanti. Amin! hehe.


Image by Fazleyznn-co 

Sila abaikan mana yang tidak berkenaan.


Sebelum Nikah

ITEM

DESCRIPTION

BUDGET

ACTUAL

PAID

NOTES

RM

RM

Sebelum Nikah

 

 

 

 

1

Kursus Perkahwinan

 

 

 

 

2

Ujian HIV

 

 

 

 

3

Kos Pendaftaran Nikah

 

 

 

 

4

Wang Hantaran

 

 

 

 

5

Kad Jemputan X 2 kenduri

 

 

 

 

6

Cincin Kahwin

 

 

 

 

JUMLAH




 

 

Majlis Akad Nikah

ITEM

DESCRIPTION

BUDGET

ACTUAL

PAID

NOTES

RM

RM

Majlis Pernikahan

1

Mas Kahwin

 

 

 

 

2

Upah Jurunikah

 

 

 

 

3

Upah Saksi

 

 

 

 

4

Dewan Nikah

 

 

 

 

a.

Barang Hantaran (Lelaki sediakan)

 

 

 

 

1

Gubahan Dulang X 5

 

 

 

 

2

Hantaran 1: Al-Quran

 

 

 

 

3

Hantaran 2: Telekung

 

 

 

 

4

Hantaran 3: Handbag

 

 

 

 

5

Hantaran 4: Jam Tangan

 

 

 

 

6

Hantaran 5: Kasut

 

 

 

 

 

Barang Hantaran (Perempuan sediakan)

 

 

 

 

1

Gubahan Dulang X 7

 

 

 

 

2

Hantaran 1: Sejadah

 

 

 

 

3

Hantaran 2: Wallet & Tali Pinggang

 

 

 

 

4

Hantaran 3: Set minyak Wanyi

 

 

 

 

5

Hantaran 4: Jam Tangan

 

 

 

 

6

Hantaran 5: Kasut

 

 

 

 

7

Hantaran 6: Kek

 

 

 

 

8

Hantaran 7: Coklat

 

 

 

 

b.

Persiapan

 

 

 

 

1

Juruandam

 

 

 

 

2

Pelamin Nikah

 

 

 

 

3

Bunga Telur

 

 

 

 

4

Inai & Henna

 

 

 

 

5

Bunga Tangan

 

 

 

 

6

Bantal Pengantin

 

 

 

 

7

Payung

 

 

 

 

c.

Busana Pengantin Lelaki

 

 

 

 

1

Baju Melayu

 

 

 

 

2

Butang baju melayu

 

 

 

 

3

Singlet putih

 

 

 

 

4

Samping

 

 

 

 

5

Songkok & Kerongsang

 

 

 

 

6

Kasut & stokin

 

 

 

 

d.

Busana Pengantin Perempuan

 

 

 

 

1

Baju Kurung/ Nikah

 

 

 

 

2

Tudung & anak tudung

 

 

 

 

3

Crown & Veil

 

 

 

 

5

Kerongsang & safety pin

 

 

 

 

6

Kasut & stokin

 

 

 

 

e.

Kenduri

 

 

 

 

1

Kanopi & hiasan

 

 

 

 

2

Kerusi & Meja

 

 

 

 

3

Jamuan Makan

 

 

 

 

f.

Tambahan

 

 

 

 

1

Perjalanan pergi dan balik rombongan

 

 

 

 

2

Tempat tinggal rombongan

 

 

 

 

JUMLAH




 

 

Majlis Resepsi

ITEM

DESCRIPTION

BUDGET

ACTUAL

PAID

NOTES

RM

RM

Resepsi Belah Perempuan

a.

Persiapan

1

Juruandam

2

Bunga Tangan

3

Payung x 2

4

Hiasan Bilik Tidur

5

Hotel/tempat bersiap

6

Tol (adat)

7

Kereta Pengantin (cuci, hiasan bunga)

b.

Busana Pengantin Lelaki

1

Set Sewa Baju Kahwin

2

Kasut & stoking

c.

Busana Pengantin Perempuan

1

Set Sewa Baju Kahwin

2

Tudung

3

Kerongsang

4

Kasut & stoking

5

Inai & Henna

d.

Lokasi

1

Banner/banting/signage

2

Kanopi, skirting & scallop

3

Sewaan Dewan

4

Hiasan Dewan, Walkway

5

Pintu Gerbang

6

Pelamin

7

Bunga Pahar

8

Kerusi & Meja

9

Meja Kek & Meja Hadiah

10

Guestbook & Pen

11

Audio System / DJ

12

Kompang/ berzanji/marhaban

13

Doorgift VIP

14

Doorgift Tetamu

e.

Makanan

1

Set Meja Pengantin

2

Katering : Lauk Pengantin

3

Katering : Lauk Tetamu

4

Makan tambahan: cendol/laksa

5

Kek Kahwin

6

Candy Buffet

f.

Photography

1

Wedding Photographer

2

Wedding Videographer

3

Photobooth

g.

Tambahan

1

Baju Tema Keluarga

2

Baju Pengapit Lelaki & Perempuan

3

Baju Bridesmaid & Groomsman

4

Makanan untuk ahli keluarga yang hadir awal (sebelum dan selepas majlis)

5

Penginapan saudara mara

6

Penginapan keluarga belah lelaki

7

Kos Perjalanan keluarga belah lelaki

JUMLAH





Atau boleh je download template Excel Checklist Kahwin kat bawah ni.


Apa-apa pun ikutlah kemampuan masing-masing. 
Untuk yang sedang mencari wedding photographer boleh tengok-tengok portfolio BFF guwe ni.

Instagram: @fazleyznn.co 
Website   : Fazleyznn-co.com




Adios!

Pengalaman Rawatan di Klinik Dr. Ko

$
0
0

Heiyo!

Actually, memang dah lama gila nak pergi Dr. Ko, dari masa form 5 lagi sebab dok dengar kawan-kawan cerita kalau pergi sana je mesti kulit peh, peh tapi mahal namatey. Sebagai rakyat marhaen dan insan yang tak berduit, mestilah benda tu jadi angan-angan je. Sekarang dah kerja, baru la boleh pergi dan akhirnya, salah satu bucketlist aku dah tercapai. 


Klinik Dr. Ko Ipoh

Masalah skin aku dulu masa sekolah memang kulit berjerawat sampailah umur 18 baru surut. Pastu tiber umur 23, kulit breakout teruk sangat, sebab selalu sukan, kuat berpeluh, masuk hutan, mandi sungai dll iaitu bulan Oktober tahun lepas. Kira ngam lah setahun. 

4 bulan breakout sampai bernanah gitu, give up pakai apa pun tak jalan, pastu aku guna Adapalene gel (Deriva) dengan Tidact. Dalam masa seminggu terus jerawat susut habis, dan tinggallah parut jerawat je. Kalau tak mampu nak ke Dr. Ko boleh cuba yang ni dulu gais! Tapi cara penggunaan kena banyak membaca dulu okay :) Jangan main taram je.

Selalunya yang pergi Dr. Ko mesti ada masalah jerawat kan? Tapi skin aku bukan masalah jerawat, so maybe tak kena dengan condition korang. Sebab skin aku dah okay, jerawat pun datang seminggu sekali je. Cuma masalahnya ada parut merah. Btw korang boleh baca kat sini pengalaman lain-lain:  nunuwahidah / afifahaddnan/ sabrinatajudin. Thread Twitter by shzwazid.


LET'S GO!

First sekali mestilah kena buat appointment dulu sebab malas nak tunggu. Price untuk consultation buat kali pertama ialah bawah RM100. Senang cerita, kau jumpa je Dr. RM50-RM100 kau melayang. Not more than that. Kalau rasa taknak teruskan, boleh je keluar. Tak ada paksaan pun untuk proceed dengan rawatan. Harga consultation ni untuk yang pertama kali je.

Masuk je bilik, doktor tanya apa masalah/ kulit ada rasa berminyak tak/ ada pakai apa-apa makeup tak. Aku pun bagitau la masalah kulit aku ni ada parut jerawat dan large pores. 

(Nak jumpa dermatologi tak payah la pakai makeup ye, kang kena remove makeup dah satu hal).


Dr. Ko ada 4 jenis rawatan:

1. Ubat

2. Skincare

3. Facial

4. Laser

Lepas dah tengok semua, doktor bagitau skin aku takde problem sangat dan suggest untuk ambil skincare dan buat facial je. Ubat dengan laser nak ambil pun boleh untuk bagi lagi cepat tapi aku taknak sebab dah lebih bajet. Haha.

Ni skincare yang aku ambil (semua ala carte, boleh pilih mana-mana yang korang nak je, tapi aku ambil semua)

Skincare Dr.Ko

Harga setiap satu dalam RM100 - RM250 (nangis)


Price list rawatan Dr. Ko untuk tahun 2021


Rawatan Medifacial

Rawatan Laser


Promo untuk birthday month

Next plan, nanti nak pergi masa birthday month sebab memang every year ada privilege buy 1 free 1. So kalau laser tu RM800 boleh la purchase masa birthday month korang and dapat 2 sesi berbanding dapat 1 sesi je. (Tak sure yang ni untuk existing customer sahaja atau boleh je new customer sekali)


Untuk facial, aku ambil Revital-C Treatment (RM280), best!

Step:

1. Bersihkan Muka

Macam biasa la muka kita akan dibersihkan dulu


2. Extraction

Sakit sikit sebab dia korek-korek bendasing yang ada kat muka (jerawat, whitehead, blackhead) kalau ada jerawat, memang dipicit-picitkan jerawat korang kasi clear. Time ni dah dimaklumkan memang agak sakit. Aku boleh je tahan, tapi tu lah entah kenapa air mata meleleh juga, hahaha)


3. Face Massage

Peh yang ni best gila, lembut, sedap, relaks habis. 


3. Sesuatu (mesin)

Aku taktau nak explain sebab taktau benda apa. Tapi benda ni guna mesin, ada sapu benda sejuk-sejuk gitu, sambil mesin tu 'tembak' ke ape ke aku taktau. Kalau part yang ada luka-luka tu ada rasa macam kena cucuk sikit, tapi rasa sakitnye sikitttt je. 2% gitu.


4. Cooling Mask

Masker tu disapu satu muka, sangat sejuk dan best.


5. Tamat

Aku rasa last sekali ada apply sunscreen kot. Aku tak tanya pun. 


So far, untuk facial memang aku puas hati, sebab kulit nampak fresh, lembut. Tapi untuk skincare tak boleh nak review sebab tak pakai lagi. Heheh. 

Harap skincare Dr. Ko bagi kerjasama yang baik sebab selalu baca review semua untuk masalah acne, bukan acne scar & large pores.


Jumlah yang dibayar

Consultation

RM60


Skincare 

  • Purifying Cleansing Gel - RM198
  • Bio Hydro Gel - RM250
  • Clarifying Mist - RM120
  • Aqua Sunscreen - RM180
  • Vitality Purifying Essence - RM180

Total RM928 - 5% diskaun = RM881.60


Facial

RM280


Jumlah keseluruhan: RM1,211.60.


Ubat dalam RM300+. Kalau nak consult dan ambik ubat je pun boleh. So standby dalam RM400+.

Adios!

Pengalaman, Kos & Barang Keperluan Mendaki Gunung Kinabalu

$
0
0

Hallu, Nabiha Zaidi is back!

Post pertama dan terakhir bagi tahun 2022.

So baru-baru ni aku ada buat kerja gila which is mendaki Gunung Kinabalu. Serius cakap ni kerja paling gila aku buat tahun ni. Haha. Jadi aku nak share dan simpan sebagai kenangan sepanjang aku kat sana melalui pos ni. 

Benda yang paling susah sekali untuk trip ni ialah sebenarnya nak dapatkan slot sebab slot pendakian ada limit hanya 100 orang sehari. Bayangkan aku plan nak pergi bulan 6 ke bulan 8 ke bulan 10 dan akhirnya kami dapat slot bulan 12. Benda pun dah bayar, hadap je la kan musim hujan ke apa ke. 

Di Puncak Tertinggi Gunung Kinabalu

Step 1

Aku mula cari organizer dan dapatkan slot yang berpatutan. Banyak organizer yang buat pakej berlainan harga dan berlainan hari. Kebiasaannya 3 hari 2 malam, atau 4 hari 3 malam. Dah alang-alang aku pun first time nak ke Sabah, aku pilih yang 4 hari 3 malam dan extend sehari sendiri.

So 1 hari perjalanan, 1 hari naik, 1 hari turun, 1 hari jalan-jalan dan 1 hari perjalanan balik. Kat sini memang kena bijak memilih dari segi kos dan masa. Paling penting jangan kena tipu. Better tanya kenalan-kenalan yang dah pernah pergi dan tanya pengalaman dengan organizer diorang. 


Step 2

Dah dapatkan slot, organizer pun dah setelkan permit, baru lah aku book tiket penerbangan. Bab ni pandai-pandai la cari cara nak dapatkan flight yang murah. Aku pilih Firefly naik dari Penang ke Kota Kinabalu sebab malas nak sakit kepala kalau pilih AirAsia nanti kena reschedule flight apa bagai. Lagi satu, airport Penang kecil, mudah dan parking yang berpatutan iaitu RM24 sehari.

Kos yang dileburkan tidak termasuk barang keperluan:

  • Pakej Pendakian - RM 990
  • Jurupandu gunung - RM 46
  • Upah porter - RM 74
  • Pole - RM 10
  • Tiket penerbangan (return + 20 KG) - RM 384
  • Lain-lain - RM 496
  • Jumlah keseluruhan: RM 2,000


Step 3

Dah selesai dua ni baru la ada semangat dan target untuk training kan. Untuk training mendaki, aku memang dah 3 tahun hiking gitu-gitu la orang kata. Cuma untuk betul-betul ada stamina, 4 bulan sebelum ke Kinabalu, aku join kelas boxing dan spinning, tapi nasib aku 6 minggu terakhir aku betul-betul busy dengan kerja, jadi aku cuma mengharap stamina sebelum-sebelum tu je la.


Step 4

Cari barang keperluan ni memang penting sebab barang-barang yang ada sebelum ni tak memenuhi syarat Gunung Kinabalu yang sejuk. Kebanyakan barang memang aku beli daripada bundle sebab tak mampu y'alls nak beli baru.

Berdasarkan pengalaman, untuk kasut hiking wajib beli satu saiz lebih besar dari kaki untuk bagi space dibahagian jari. Benda ni akan terasa masa nak turun. Personally aku suka kasut high cut untuk jaga buku lali daripada terseliuh. Banyak kali kasut high cut ni bantu aku dari terpeleot ya. Untuk sandal, memang aku tak berani walaupun ramai je yang pakai. 

Masa ni aku pakai kasut brand Quechua. Aku suka brand ni sebab senang beli kat Decathlon secara online, murah, free postage pula tu. Tapiiiii, disebabkan kasut ni la aku diberi extra care oleh abang guider sebab katanya "Quechua ni boleh buat bawa pergi dinner di hotel saja". Haha, tu maksudnya kasut ni licin, kurang grip dan tak sesuai dengan keadaan Gunung Kinabalu yang berbatu di kawasan puncak. Jadi pilih la kasut dari brand lain contohnya Karrimor dan Asics.

Selain tu, barang mahal lain yang aku beli ialah long john/ thermal wear dari Universal Traveller. Kebiaasaannya harganya RM200 + tapi aku beli preloved dari Carousell, so dapatlah RM80. Untuk thermal wear ni lah paling paling kena invest sebab cuaca kat atas sangat sejuk. Untuk barang-barang lain pulak, boleh beli kat bundle dengan harga yang murah. 

Checklist Barang Pendakian Gunung Kinabalu

Beg sendiri
Pakaian Pendakian Hari 1
Pakaian dalam
Inner baju
Jersey / Baju
Seluar hiking
Stokin
Knee Guard
Tudung + inner
Kasut Hiking


Beg Hiking Personal

Phone
Powerbank
Windbreaker
Baju hujan
Glove waterproof
Ubat-ubatan
Headlamp & bateri
Air mineral 
Lunch Pack
Snack

Beg untuk porter
Pakaian Pendakian Hari 2

Long John / Thermal wear
Pakaian dalam
Jersey / Baju
Seluar hiking
Tudung + inner
Snow cap
Buff / mafla
Down jacket
Stokin biasa 
Glove extra
Others
Beg untuk summit
Tuala mini
Baju hujan
Charger 
Toiletries
Lip balm
Personal care
Snack untuk turun
Cool fever
Body warmer
Plastik
Wool stocking


Step 5

Sampai je di Kota Kinabalu, aku serahkan kepada organizer untuk uruskan makan tidur kami. Malam tu aku cuba untuk tidur dengan cukup bagi pendakian 2 hari nanti.

Pendakian Hari Pertama

Di Timpohon Gate, sebelum pendakian, kami serahkan beg pada guider merangkap porter yang akan angkut barang-barang kami ke atas. Tak berdaya den nak bawa sendiri. Jadi kami bertiga memang dah kumpulkan barang  dalam beg 60 liter. Lepas dah timbang semua total 17KG. Untuk harga semasa ialah RM13 sekilo, tapi rate ni akan dinaikkan pada tahun 2023 iaitu RM14 sekilo. Jadi kos yang kami perlu bayar ialah berjumlah RM221 kongsi bertiga. 

Kami juga sewa pole/tongkat RM10. Pole ni sangat membantu untuk menampung berat badan / bebanan. Ini lah satu-satunya pendakian yang aku guna tongkat. 

Di Timpohon Gate

Kami mula pendakian agak awal iaitu 8.15 pagi. Kebiasaannya pendaki akan mula pada jam 9.00 pagi, tapi disebabkan urusan di Sabah Park kami dah selesaikan hari sebelumnya, jadi kami pun dapat bergerak awal. Pendakian yang normal ialah 6-8 jam ke Panalaban (base camp). Team kami dapat sampai pada timing 6 jam 15 minit iaitu pada pukul 2.30 petang. Sampai awal, boleh rehat awal. Kami menginap di Laban Rata.

Sepanjang pendakian ke Panalaban, memang sangat selesa. Track yang bertangga, bersih dan cantik. Ada 7 pondok yang tersedia dengan tong sampah dan toilet. Bayangkan sepanjang aku hiking selama ni, mesti takut nak makan dan minum sebab taknak perut problem, tapi kat sini takde masalah sebab ada je toilet yang menanti. Cuma kebersihan toilet ikut luck, ada toilet yang ok dan ada juga toilet yang tak boleh blah. Lagipun aku bab toilet memang cerewet sikit, so mana yang tak kena selera tu, aku tahan je. 

Trek bertangga

Kat setiap pondok juga ada sumber air yang tidak dirawat. Guider pun dah pesan jangan minum. Walaupun sebenarnya ramai je minum dan ok je, tapi kami taknak ambil risiko.

Personally, 6 KM ke Panalaban tidaklah terlalu mencabar kalau nak dibandingkan dengan gunung-gunung yang lagi gila di semenanjung. Lagipun badan pun tengah fresh lagi, jadi layan je lah 90% tangga nak ke atas. Dah sampai boleh tidur atas katil pulak tu, siap ada chef lagi tolong masak. Kalau gunung lain mana nak dapat. Haha. Ni aku panggil gunung T20.

Cuma cabaran paling besar di Kinabalu ialah sejuk. Ya, sangat sejuk untuk melayu asli macam aku ni. Kebanyakannya memang tak akan mandi dan tukar baju je termasuklah aku. Bayangkan nak cuci tangan pun sejuk yakmat umpama mencurah ais ke tapak tangan gituh.

Tiba di Panalaban

So bila dah sampai, kami pun rilek kejap tunggu guider merangkap porter kami sampai untuk kami bersihkan diri dan dinner di cafe yang dibuka pada 4.30-7.00 petang. 

Petang tu kami terus tukar dan pakai baju yang akan dipakai untuk naik ke puncak. Lepas tu kami pun rehat untuk pendakian esoknya.

Penginapan di Laban Rata Resthouse bagi aku memang selesa, ada katil single sorang satu, ada power socket untuk charge telefon tepi katil, bilik air bersih. Tapi disebabkan sejuk, aku cuma dapat tidur dalam 2-3 jam. Lagipun mana la pernah pukul 8 malam dah nak tidur kan. Antara sebab lain ialah bunyi orang berdekur dan tangan aku sejuk sebab guna krim panas yang berangin (berangin jadi sejuk beku). Lepas dah basuh tangan, pakai noise canceling ear plug baru lah aku boleh tidur. 



Pendakian Hari Kedua

Untuk hari kedua, kami semua kena bangun pukul 1 pagi untuk persiapan mendaki ke puncak. Lebih kurang pukul 1.45 pagi kami late supper dulu dan mula mendaki ke puncak pada jam 2.30 pagi. 

Sebelum pendakian, kami dah dimaklumkan kalau hujan, kami terpaksa berpatah balik. Sebab nampak cuaca macam tak okay dan peluang untuk hujan.

Masa ni cabaran mula terasa, dalam kegelapan naik tangga demi tangga yang umpama tiada kesudahan. Haha, masa ni dah fikir boleh ke aku nak sampai atas ni. 

Semua pendaki kena tunjukkan tag nama di checkpoint Pondok Sayat-Sayat selewat-lewatnya 5.00 pagi. Kalau tak, terpaksa berpatah balik ke Panabalan. Lepas je checkpoint ni sijil berwarna dah ada dalam genggaman. Kat sini aku rehat 5 minit, masing-masing pun dah terpisah, aku jalan je la sorang-sorang.

Semakin hampir ke puncak, semakin sejuk jadinya. Trek yang tadi bertangga, dah bertukar trek berbatu. Angin kuat tolak sampai nak melayang aku kat atas tu. Langkah pun buka perlahan sangat, energy pun dah K.O. Sekali sekala aku duduk kat batu-batu yang ada ditemani angin kuat yang tersangat sejuk. 

Sekali sekala aku tengok langit, nampak bintang-bintang. Cantik. Dalam hati berharap sangat tak hujan.

Glove pun dah basah hasil pegang rope di tempat  yang kena memanjat. Nak ambil snack dalam beg tak berdaya, aku ambil air milo botol kat tepi beg. Kebas. Lepas 4 kali percubaan nak buka air tapi tak boleh, aku frust, dan teruskan perjalanan. Syahdu betul masa ni.

Aku pandang belakang, cuma nampak cahaya head lamp dan kabus. Masa tu berharap sangat tak hujan. Lebih kurang 5.50 pagi aku sampai di kawasan puncak Low's Peak. (Low's Peak ni diambil daripada nama orang) Slow-slow aku panjat ke puncak tertinggi untuk ambil gambar. Kat sini memang berebut dan kena beratur untuk ambil gambar. Timing aku sampai tu memang cantik, sebab kalau awal sangat gambar jadi gelap, jadi gambar kami nice-nice je sebab cuaca hampir cerah. (Umpama 6.50 pagi semenanjung).

Low's Peak

Tapi cuaca tak begitu baik, kami tak dapat nak tengok sunrise dan awan yang gebu-gebu kat atas sebab ribut, kabus tebal dan cuaca yang sangat sejuk. So kami cuma sempat berehat lebih kurang 5 minit dan terus mula turun. Lagipun memang aku tak tahan sejuk, guider pun risau kami kena serangan AMS (Altitude Mountain Sickness).

Boleh la view sikit-sikit buat ghaso ghaso

Walaupun berkabus, perjalanan turun ke Panalaban tetap cantik. Kembali hadap tangga-tangga yang dah lalu tadi. Masa ni muka pun dah ceria sikit tak macam nak naik tadi. Langkah pun laju tak macam masa naik. 

kawan-kawan baru

Sampai je di Panalaban, kami singgah di tempat poskad. Bukan senang nak hantar poskad paling tinggi kat Malaysia ni. Aku pun hantar la poskad untuk diri sendiri, from me to me lah kononnya. Lebih kurang 2 minggu lebih poskad tu akan sampai ke rumah katanye.

Peti Pos Tertinggi di Malaysia

Kemudian, kami mula pack barang dan lepak sekejap di cafe. Lebih kurang 10.45 pagi kami mula turun ke Timpohon Gate. Masa ni cabaran untuk turun pulak. Badan dah penat, lutut dah start ngetor. Haha. Salah sorang dari team pula tongkatnya rosak. Jadi 3 KM terakhir aku pun bagi lah pinjam tongkat aku biar sama-sama dapat sakit yang sama. 

Sampai je Timpohon Gate pada 3 petang, rasa lega sangat. Perut pun dah lapar, kami makan megi dulu. Kebetulan kedai di situ pun dah nak tutup. 

Alhamdulillah, tak sangka selesai juga misi yang diidam-idamkan. 

Tahniah untuk kita bertiga!

Seminggu juga kaki nak recover. Hshshsk.

Adios!    

Viewing all 78 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>